Halkum Adam Itu..

Author: Amierul WM // Category:
Sementara menunggu solat Zohar tadi, saya sempat berborak dengan teman saya Azhar dan Haliq. Entag kenapa sedang asyik kami berbual termasuk pula tajuk pasal halkum. Bukan apa, cuma melihat teman saya Azhar yang terserlah sungguh halkum pada lehernya itu. Sedangkan saya pula halkumnya entah masih hilang kemana.

Sempat juga saya bercandak dengan mereka bahawa orang yang mempunyai halkum ini sudah matang dan sudah layak untuk berkahwin. Tambah lagi, saya katakan yang halkum itu tempatnya segala gelora dalam diri remaja berkumpul maka terbentuklah ia di leher.

Ada riwayat yang mengatakan halkum itu sebenarnya buah khuldi yang dimakan oleh Bapa kita dahulu, Nabi Adam a.s. Namun oleh kerana malaikat sempat mencekik leher Nabi Adam, maka kekallah ia sebagai halkum. Hawa pula telah menelan terus buah tersebut lalu terjadilah haid dan nifas.

Tuntasnya, wanita itu walau lembut mampu melunturkan kerasnya lelaki. Itulah ciri-ciri senjata utama syaitan sejak diciptakan manusia oleh ALLAH. Dan sebaik-baik senjata orang mukmin itu adalah imannya. Wassalam..

Tukar Tayar Cessna Skyhawk

Author: Amierul WM // Category:
Hari ini saya masih belum menyentuh module buat lima minggu berturut-turut. Entah apa nak jadi dengan tempat aku belajar sekarang, saya pun tak tahu. Tapi mungkin saya terpaksa menganggapnya sebagai warna-warni dalam menempuh kehidupan ini.

Dan hari ini selepas solat Jumaat, saya dan enam budak hitam lain (Botak, Long, Pesa, Iba, Ben dan Brain yang sebenarnya pakai baju hitam) memulakan tuga baru hari ini. Buka tayar Cessna Skyhawk!!

Pada mulanya, kami hendak mula pada pukul 3 tapi oleh sebab gangguan daripada super senior kami yang entah dari mana datang menyibuk di tempat kami itu. Terpaksalah kami tangguh dahulu buat sementara sementara menyemak balik maintainance manual yang disediakan.

Kami mula balik pada pukul 5 petang. Da masalah datang. Kami tak dapat mengeluarkan ferrule setelah mengeluarkan axle rod pada tayar. Nasib baik saya menyemak balik maintainance manual, yang mengatakan kami perlu mengeluarkan ferrule dengan mengetuk keluar ferrule yang bertentangan antara satu sama lain itu dengan rod yang panjang. Kalau tidak, kami mungkin terpaksa menyambungnya pada mingu depan, hanya untuk mengeluarkan tayr daripada tempatnya!!! Lihatlah betapa pentingnya maintainance manual dalam hidup setiap technician kapal terbang atas dunia ini..

Oleh sebab masa yang suntuk untuk membuka dan mengantikan tayar tersebut dan hari sudah menjemput malam, kami hanya diminta membersihka tayar dan landing gear kerana kotor dan sudah berkarat. Terpaksalah kami menyambung kerja ini pada minggu depan. Kami menggunakan WD-40 dan kertas pasir untuk membesihkan kotoran tersebut sampai berkilat (agaknya??!! hehe).

Mencari Templates

Author: Amierul WM // Category:
Rupanya tidah mudah untuk mencari template yang sesuai dengan jiwa saya. Namun begitu dengan bantuan rakan-rakan blogger yang lain, dapat juga saya menemui beberapa template yang sesuai pada pandangan saya untuk blog saya ni.

Walaupun begitu, saya terpaksa kehilangan link dan widget yang telah saya usahakan selama ini. Sedih juga apabila memikirkannya kembali. Saya juga ingin memohon maaf kepada sahabat yang sudi follow blog saya ini dan mengharapkan mereka sudi untuk berbuat demikian kembali untuk blog saya ini. Sudah beberapa bulan saya usahakan untuk berblog selama ini. Namun, untuk sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang, sudah tentu pengorbanan perlu direlakan walaupun sedikit. Itulah lumrah kehidupan. Bukan begitu?

Insya-Allah, semoga perubahan ini akan membawa lebih banyak kebaikan dan kejayaan kepada saya untuk berkongsi selain menimba ilmu daripada blogger2 yang lain. Amin..

Penulis Yang Aku Respect #2

Author: Amierul WM // Category:
Kalau dahulu aku mengutarakan perihal penulis kontroversi Malaysia, Faisal Tehrani, Sekarang aku ingin menceritakan tentang seorang lagi penulis yang aku sanjung dalam setiap karya yang dihasilkannya. Siapa yang tidak kenal dengan Habiburrahman El-Shirazy, penulis novel Ayat-Ayat Cinta yang membawa fenomena yang cukup menakjubkan tidak hanya di Indonesia malahan di Malaysia dan beberapa negara lain.

Habiburrahman El-Shirazy

Malah novel Ayat-Ayat Cinta dan dwilogi Ketika Cinta Bertasbih turut diangkat ke layar perak kerana kejayaan fenomena yang dibawanya. Penulis yang dilahirkan pada 30 September 1976 ini juga merupakan graduan jurusan Hadis Universiti Al-Azhar.  Lebih dikenali sebagai Kang Abik, beliau banyak melahirkan karya-karya yang cukup mesra untuk dibaca oleh segenap lapisan masyarakat.

Antara karya-karyanya adalah Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2, Di Atas Sejadah Cinta, Pudarnya Pesona Cleopatra, dan Dalam Mihrab Cinta. Difahamkan sekarang beliau tengah mengusahakan beberapa karya lain iaitu Langit Makkah Berwarna Merah, Bidadari Bermata Bening dan Bulan Madu di Yerussalam.


Bersama isteri, Muyasaratun Sa'idah dan anak-anak, Muhammad Ziaul Kautsar dan Muhammad Neil Author.

Kali pertama aku mendengar tentang buku Ayat-Ayat Cinta tu, rasa segan pula nak belikan. Bukannya apa, cuma risau dikata orang "apa la ko ni jiwang karat la". Tapi aku buat pekak telinga saja. Malas aku nak layan mereka semua. Dan hasilnya tidak rugi untuk aku membacanya dahulu. 

Banyak manfaat juga yang aku perolehi daripada buku-buku yang ditulis oleh beliau. Ya lah kalau nak ilmu itu, tidak hanya di surau atau di kelas, membaca pun dapat ilmunya. Kerana kalau direnungkan kembali kepada lima ayat yang mula-mula diturunkan atas muka bumi ini pun menuntut manusia untuk membaca. Bukankah begitu?

Raja Pop Meninggal Dunia

Author: Amierul WM // Category:
Sedang Iran masih bergelut dengan masalah dalamannya selepas pilihanraya presiden awal bulan ini, kini dada akhbar, muka televisyen dan corong radio sibuk dengan berita kematian Michael Jackson atau Mikaeel (nama Islamnya) pada 25 Jun lalu. Sudah pasti kita dapat lihat peminatnya meraung-raung dan menangis sambil berhimpun menyanyikan lagu raja pop tersebut.

Mayat Michael Jackson dibawa turun dari helikopter untuk dihantar ke pejabat koroner di Los Angeles untuk bedah siasat oleh video yang dirakam stesen televisyen KNBC4

Macam-macam dakwaan yang diterima tentang punca kematian penyanyi yang terkenal dengan lagu Thriller, Beat It dan Billie Jean itu. Ada yang mendakwa dia meninggal akibat serangan jantung. Ada jyga yang mengaitkannya dengan terlebih mengambil pelbagai ubat penahan sakit termasuk demorol dan vicodin selama beberapa bulan untuk kekal cergas apabila beraksi pada konsert This Is It pada bulan depan. Pengambilan ubat itu disebabkan kecederaan tulang belakang serta keretakan kaki yang dialaminya akibat terjatuh dari pentas dulu.

Saya bukanlah peminat Michael Jackson. Memang tiada langsung memori tentang dia dalam kepala saya. Saya juga tertanya-tanya pada diri saya patutkah saya membacakan Al-Fatihah untuknya? Berita dia memeluk Islam turut menimbulkan rasa skeptif pelbagai pihak.

Foto Michael Jackson menyarung abaya (pakaian tradisi wanita negara Teluk) di Manama, Bahrain.

Majlis dimana Michael dilaporkan telah mengucap dua kalimah syahadah
dan menukar namanya kepada Mikaeel diadakan di rumah rakannya, pemain keyboard Toto dan komposer album Thriller Steve Porcaro di Hollywood Hill, Los Angeles pada tahun 2007. Komposer dari Kanada, David Warnsby (Daud Warnsby Ali), produser album Phillip Bubbal (Idris Phillips) dan penyanyi Cat Stevens (Yusuf Islam).

Selain itu, hatiku juga turut senang kerana saluran berita CNN dan BBC turut disibukkan oleh berita Mikaeel ini. Tiada lagi berita palsu dari Tehran menjengah masuk mungkin buat sementara waktu ini.

Memang Episod Yang Menarik

Author: Amierul WM // Category:
" Kahwin Dulu", itulah tajuk rancangan Halaqah yang sempat aku tonton semalam. Dengan panel jemputannya, Ustaz Farid Ravi dan Ustaz Badli Shah Alauddin, menjadinya sebuah episod Halaqah yang amat mengujakan untuk ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Muqaddimah yang diberikan oleh Ustaz Farid sahaja sudah cukup untuk membuatkan penonton berasa teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana Islam itu membicarakan cinta dan kasih sayang dalam pelbagai konteks dan paradigma dengan cukup indah sekali. Episod kali ini lebih menfokuskan kepada golongan remaja yang dapat kita lihat sekarang sering terjerumus ke dalam cinta monyet yang sia-sia.

Aku amat tertarik dengan ucapan Ustaz Badli Shah yang mengatakan untuk seorang lelaki itu menjadi suami yang baik dan menjamin kebahagiaan ramahtangga, mereka perlu mempunyai sekurang-kurangnya tiga kunci. Apakah kunci-kunci tersebut? Kunci-kuncinya adalah seperti berikut:


  1. Kunci rumah - tak beli pun sewa, jangan la duduk pun bawah jambatan pula
  2. Kunci kereta - takpun motor pun jadi la, jangan basikal pun kena hutang juga
  3. Kunci pejabat/ kunci laci pejabat - jangan la tak bekerja langsung, takkan nak kahwin pun nak mintak diskaun oii
Jadi, kepada rakan-rakan di luar sana tu fikir-fkirkanlah. Kalau sudah benar-benar ikhlas, carilah cinta dan sayang itu dengan cara yang halal dan diredhai. Sesungguhnya setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati dan ubat kepada cinta itu adalah dengan ikatan perkahwinan yang ikhlas, penuh mawaddah dan rahmat.

Kerana hadis Nabi pun menceritakan bahawa seburuk kamu ialah yang berterus-terusan hidup membujang dan seburuk-buruk orang yang mati adalah orang yang mati dalam keadaan dia masih lagi bujang. Berusahalah untuk berkahwin. Cinta sebelum kahwin itu biarlah sederhana sahaja dan jangan sampai melanggar batas-batas agama. Anda juga boleh menonton episod penuh rancangan ini di www.tv9.com.my.

Siswa Rusia Pulang Bercuti

Author: Amierul WM // Category:
Rasa tak percaya aku dapat berchat dengan rakan aku semasa Form 5 dulu hari ni, Nadir yang sekarang ambil medik di Rusia. Aku terkejut gila bila dia tulis dalam facebook dia yang dia rasa panas sungguh berada kat Malaysia ni. Rupa-rupanya dia dah balik ke Malaysia sejak hari Jumaat lepas lagi.

Dia ingat nak keluar dengan budak kelas aku dulu, jumpa-jumpa borak-borak tapi banyak nombor telepon yang dia dah tak ada. Itu pun nasib baik aku jumpa dia dalam facebook. Kalau tak memang hilang contact terus nanti. Tapi tak kisah la. Dia pun cuti sampai 25 Ogos nanti. Kira masih ada masa untuk aku jumpa dengan dia walaupun aku dah pokai gila sekarang ni!!Semoga hajat aku nak hubungkan silaturrahim dengan budak-budak kelas aku tercapailah hendaknya.

Perancis Buat Hal Pula!!

Author: Amierul WM // Category:
Membaca berita luar negara pada hari ni, memang tidak begitu mengejutkan untuk sebuah negara seperti Perancis yang merupakan penyokong sekularisme untuk mengharamkan pemakaian purdah dikalangan masyarakat Islam. Di bawah merupakan berita penuh yang dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia.

Perancis haram purdah

PARIS 23 Jun - Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy semalam mengisytiharkan purdah yang dipakai oleh wanita Islam sebagai pakaian yang tidak diingini di negara ini. Beliau mengecap pakaian yang menyelubungi seluruh badan wanita Islam itu, sebagai simbol tunduk, yang menghalang identiti wanita serta menjadikan mereka sebagai 'tahanan di sebalik tabir'.

Namun, di sebalik kata-kata tegas itu semalam, terdapat juga pengakuan bahawa prinsip asimilasi etnik negara ini yang menuntut pendatang menyingkirkan tradisi mereka dan menyesuaikan diri dengan budaya Perancis - menemui kegagalan kerana tidak memberi peluang saksama kepada pendatang dan anak-anak mereka yang lahir di negara ini.

Dalam ucapan kepada ahli Parlimen di Versailles, Sarkozy menyifatkan pakaian purdah yang lebih dikenali sebagai burka di kalangan etnik Arab sebagai bercanggah dengan nilai-nilai hidup masyarakat Perancis.

Kenyataan Sarkozy menentang burka itu adalah yang paling keras pernah disuarakan oleh seorang pemimpin Eropah ketika beberapa pemimpin Barat sedang berusaha untuk meredakan ketegangan dengan dunia Islam.

Perancis mempunyai penduduk Islam paling ramai di Eropah dengan jumlah dianggarkan 5 juta orang. Sebilangan kecil wanita Islam Perancis memakai burka seperti wanita Islam di Afghanistan dan niqab yang menyelubungi seluruh badan kecuali mata.

Pengkritik khuatir isu pakaian yang menutup seluruh tubuh itu yang setakat ini hanya membabitkan minoriti kecil penduduk Islam Perancis boleh meningkatkan diskriminasi terhadap seluruh umat Islam di negara ini.

Pengarah masjid terbesar di Paris, Dalil Boubakeur berkata, kenyataan Sarkozy yang menolak burka itu mencerminkan budaya Perancis tetapi beliau menghadapi risiko memarakkan ketegangan dengan penduduk Islam. - AFP

Tidak cukup dengan kekecohan yang dibuat berkenaan isu ini oleh Turki dahulu, Perancis pun ingin turut mengikut jejak langkah yang sama. Tindakan ini diibaratkan sebagai mencurah minyak ke api yang akan menyemarakkan lagi ketegangan yang masih berbara dikalangan penduduk Islam seluruh dunia.