Dikata Perempuan itu

Author: Amierul WM // Category:
Kata hukama' bahawa tabiat perempuan itu
menyerupai
setengah daripada tabiat haiwan iaitu:


* pertama seperti tabiat babi

Perempuan yang seperti tabiat babi itu ialah perempuan
yang tiada berbuat baik melainkan makan minum memenuhkan
perutnya dan memecahkan bejana jua, dan ke
mana ia pergi
tiada ia mencita-cita agamanya seperti sembahyang dan
berpuasa dan kepada segala amal yang kebajikan tetapi
adalah ia tekal melanggar segala isi rumahnya.


* kedua seperti tabiat kera
Perempuan yang seperti tabiat kera pula iany
a gemar
memakai kain yang berwarna merah dan hijau dan kuning
dan tiada ia mahu memakai emas dan perak serta bermegahkan
dirinya dan membesar-besarkan dirinya terhadap suaminya.

* ketiga seperti tabiat anjing
Perempuan yang seperti tabiat anjing ialah perempuan
yang ketika berkata-kata suaminya dipalingka
n mukanya;
dibantah-bantah kata-kata suaminya serta s
ering mengherdik
suaminya. Apabila ada harta suaminya maka dikasihi
suaminya tetapi tatkala tiada harta pada suami
nya maka
maka bencilah ia serta dicercanya dan dinyahkan dari
rumahnya dan lagi tiadalah ia mahu diam d
aripada
menista-nista suaminya.

* keempat seperti tabiat ular
Perempuan yang seperti tabiat baghal pula ialah apabila
bertemu ia dengan sesuatu yang ditakutinya dipalu sekalipun
tiada mahu ia berjalan melainkan berkenderaan
jua, dan
adalah berbeka-beka dirinya serta mengindahk
an dirinya sahaja.


* kelima seperti tabiat baghal
Perempuan seperti tabiat ular ialah iaitu menaruh
dendam dan apabila mendengar kata-kata jahat orang
terhadap suaminya atau dirinya jadi berkelahilah dia
dengan orang-orang itu.

* keenam seperti tabiat kala
Perempuan seperti tabiat kala pula iaitu sentiasa
berkeliling kepada rumah-rumah jiran sekampungnya
serta mengadu-ngadu dan mengumpat-ngumpat
serta berbantah-bantah iadengan mereka itu seperti
kelakuan kala disengatnya barang yang bertemu
dengan dia dan tiadalah ia takut akan bahaya akhirat
seperti sabda nabi s.a.w. ertinta "yang fitnah itu
tiada masuk syurga".

* ketujuh seperti tabiat tikus
Perempuan yang sepertri tabiat tikus itu iaitu
mencuri harta suaminya lagi berculas dirinya
daripada suaminya.

* kelapan seperti tabiat unggas
Perempuan seperti tabiat unggas itu iaitu sentiasa
ia bertandang tiada sesaat pun istirehat
dan apabila suaminya datang maka katanya
darimana engkau tiada engkau kasih akan
daku dan engkau kasih orang lain.

* kesembilan seperti tabiat serigala
Perempuan seperti tabiat serigala pula iatu apabila
ada suaminya di dalam rumah maka pura-pura ia
menidurkan dirinya apabila datang maka dimulainya
perbantahan seperti katanya bahawaku seorang diriku
dirumah serta sakitku engkau pergi bermain-main.

* kesepuluh seperti tabiat kambing
Perempuan seperti tabiat kambing itu iaitu adalah
kepadanya beberapa manfaat dan ialah perempuan
yang salih lagi mengasihi akan suaminya dan anak-anaknya
dan segala orang kampungnya dan segala keluarganya
dan ialah yang berbuat kebaktian akan Allah s.w.t.

~ (Sedutan daripada Kitab Tajul Muluk)




1 Response to "Dikata Perempuan itu"

syahid Says :
May 9, 2009 at 6:42 AM

jom jadi original mat!!
x yah copy paste...

Post a Comment