Halkum Adam Itu..

Author: Amierul WM // Category:
Sementara menunggu solat Zohar tadi, saya sempat berborak dengan teman saya Azhar dan Haliq. Entag kenapa sedang asyik kami berbual termasuk pula tajuk pasal halkum. Bukan apa, cuma melihat teman saya Azhar yang terserlah sungguh halkum pada lehernya itu. Sedangkan saya pula halkumnya entah masih hilang kemana.

Sempat juga saya bercandak dengan mereka bahawa orang yang mempunyai halkum ini sudah matang dan sudah layak untuk berkahwin. Tambah lagi, saya katakan yang halkum itu tempatnya segala gelora dalam diri remaja berkumpul maka terbentuklah ia di leher.

Ada riwayat yang mengatakan halkum itu sebenarnya buah khuldi yang dimakan oleh Bapa kita dahulu, Nabi Adam a.s. Namun oleh kerana malaikat sempat mencekik leher Nabi Adam, maka kekallah ia sebagai halkum. Hawa pula telah menelan terus buah tersebut lalu terjadilah haid dan nifas.

Tuntasnya, wanita itu walau lembut mampu melunturkan kerasnya lelaki. Itulah ciri-ciri senjata utama syaitan sejak diciptakan manusia oleh ALLAH. Dan sebaik-baik senjata orang mukmin itu adalah imannya. Wassalam..

Tukar Tayar Cessna Skyhawk

Author: Amierul WM // Category:
Hari ini saya masih belum menyentuh module buat lima minggu berturut-turut. Entah apa nak jadi dengan tempat aku belajar sekarang, saya pun tak tahu. Tapi mungkin saya terpaksa menganggapnya sebagai warna-warni dalam menempuh kehidupan ini.

Dan hari ini selepas solat Jumaat, saya dan enam budak hitam lain (Botak, Long, Pesa, Iba, Ben dan Brain yang sebenarnya pakai baju hitam) memulakan tuga baru hari ini. Buka tayar Cessna Skyhawk!!

Pada mulanya, kami hendak mula pada pukul 3 tapi oleh sebab gangguan daripada super senior kami yang entah dari mana datang menyibuk di tempat kami itu. Terpaksalah kami tangguh dahulu buat sementara sementara menyemak balik maintainance manual yang disediakan.

Kami mula balik pada pukul 5 petang. Da masalah datang. Kami tak dapat mengeluarkan ferrule setelah mengeluarkan axle rod pada tayar. Nasib baik saya menyemak balik maintainance manual, yang mengatakan kami perlu mengeluarkan ferrule dengan mengetuk keluar ferrule yang bertentangan antara satu sama lain itu dengan rod yang panjang. Kalau tidak, kami mungkin terpaksa menyambungnya pada mingu depan, hanya untuk mengeluarkan tayr daripada tempatnya!!! Lihatlah betapa pentingnya maintainance manual dalam hidup setiap technician kapal terbang atas dunia ini..

Oleh sebab masa yang suntuk untuk membuka dan mengantikan tayar tersebut dan hari sudah menjemput malam, kami hanya diminta membersihka tayar dan landing gear kerana kotor dan sudah berkarat. Terpaksalah kami menyambung kerja ini pada minggu depan. Kami menggunakan WD-40 dan kertas pasir untuk membesihkan kotoran tersebut sampai berkilat (agaknya??!! hehe).

Mencari Templates

Author: Amierul WM // Category:
Rupanya tidah mudah untuk mencari template yang sesuai dengan jiwa saya. Namun begitu dengan bantuan rakan-rakan blogger yang lain, dapat juga saya menemui beberapa template yang sesuai pada pandangan saya untuk blog saya ni.

Walaupun begitu, saya terpaksa kehilangan link dan widget yang telah saya usahakan selama ini. Sedih juga apabila memikirkannya kembali. Saya juga ingin memohon maaf kepada sahabat yang sudi follow blog saya ini dan mengharapkan mereka sudi untuk berbuat demikian kembali untuk blog saya ini. Sudah beberapa bulan saya usahakan untuk berblog selama ini. Namun, untuk sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang, sudah tentu pengorbanan perlu direlakan walaupun sedikit. Itulah lumrah kehidupan. Bukan begitu?

Insya-Allah, semoga perubahan ini akan membawa lebih banyak kebaikan dan kejayaan kepada saya untuk berkongsi selain menimba ilmu daripada blogger2 yang lain. Amin..