Halkum Adam Itu..

Author: Amierul WM // Category:
Sementara menunggu solat Zohar tadi, saya sempat berborak dengan teman saya Azhar dan Haliq. Entag kenapa sedang asyik kami berbual termasuk pula tajuk pasal halkum. Bukan apa, cuma melihat teman saya Azhar yang terserlah sungguh halkum pada lehernya itu. Sedangkan saya pula halkumnya entah masih hilang kemana.

Sempat juga saya bercandak dengan mereka bahawa orang yang mempunyai halkum ini sudah matang dan sudah layak untuk berkahwin. Tambah lagi, saya katakan yang halkum itu tempatnya segala gelora dalam diri remaja berkumpul maka terbentuklah ia di leher.

Ada riwayat yang mengatakan halkum itu sebenarnya buah khuldi yang dimakan oleh Bapa kita dahulu, Nabi Adam a.s. Namun oleh kerana malaikat sempat mencekik leher Nabi Adam, maka kekallah ia sebagai halkum. Hawa pula telah menelan terus buah tersebut lalu terjadilah haid dan nifas.

Tuntasnya, wanita itu walau lembut mampu melunturkan kerasnya lelaki. Itulah ciri-ciri senjata utama syaitan sejak diciptakan manusia oleh ALLAH. Dan sebaik-baik senjata orang mukmin itu adalah imannya. Wassalam..

Tukar Tayar Cessna Skyhawk

Author: Amierul WM // Category:
Hari ini saya masih belum menyentuh module buat lima minggu berturut-turut. Entah apa nak jadi dengan tempat aku belajar sekarang, saya pun tak tahu. Tapi mungkin saya terpaksa menganggapnya sebagai warna-warni dalam menempuh kehidupan ini.

Dan hari ini selepas solat Jumaat, saya dan enam budak hitam lain (Botak, Long, Pesa, Iba, Ben dan Brain yang sebenarnya pakai baju hitam) memulakan tuga baru hari ini. Buka tayar Cessna Skyhawk!!

Pada mulanya, kami hendak mula pada pukul 3 tapi oleh sebab gangguan daripada super senior kami yang entah dari mana datang menyibuk di tempat kami itu. Terpaksalah kami tangguh dahulu buat sementara sementara menyemak balik maintainance manual yang disediakan.

Kami mula balik pada pukul 5 petang. Da masalah datang. Kami tak dapat mengeluarkan ferrule setelah mengeluarkan axle rod pada tayar. Nasib baik saya menyemak balik maintainance manual, yang mengatakan kami perlu mengeluarkan ferrule dengan mengetuk keluar ferrule yang bertentangan antara satu sama lain itu dengan rod yang panjang. Kalau tidak, kami mungkin terpaksa menyambungnya pada mingu depan, hanya untuk mengeluarkan tayr daripada tempatnya!!! Lihatlah betapa pentingnya maintainance manual dalam hidup setiap technician kapal terbang atas dunia ini..

Oleh sebab masa yang suntuk untuk membuka dan mengantikan tayar tersebut dan hari sudah menjemput malam, kami hanya diminta membersihka tayar dan landing gear kerana kotor dan sudah berkarat. Terpaksalah kami menyambung kerja ini pada minggu depan. Kami menggunakan WD-40 dan kertas pasir untuk membesihkan kotoran tersebut sampai berkilat (agaknya??!! hehe).

Mencari Templates

Author: Amierul WM // Category:
Rupanya tidah mudah untuk mencari template yang sesuai dengan jiwa saya. Namun begitu dengan bantuan rakan-rakan blogger yang lain, dapat juga saya menemui beberapa template yang sesuai pada pandangan saya untuk blog saya ni.

Walaupun begitu, saya terpaksa kehilangan link dan widget yang telah saya usahakan selama ini. Sedih juga apabila memikirkannya kembali. Saya juga ingin memohon maaf kepada sahabat yang sudi follow blog saya ini dan mengharapkan mereka sudi untuk berbuat demikian kembali untuk blog saya ini. Sudah beberapa bulan saya usahakan untuk berblog selama ini. Namun, untuk sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang, sudah tentu pengorbanan perlu direlakan walaupun sedikit. Itulah lumrah kehidupan. Bukan begitu?

Insya-Allah, semoga perubahan ini akan membawa lebih banyak kebaikan dan kejayaan kepada saya untuk berkongsi selain menimba ilmu daripada blogger2 yang lain. Amin..

Penulis Yang Aku Respect #2

Author: Amierul WM // Category:
Kalau dahulu aku mengutarakan perihal penulis kontroversi Malaysia, Faisal Tehrani, Sekarang aku ingin menceritakan tentang seorang lagi penulis yang aku sanjung dalam setiap karya yang dihasilkannya. Siapa yang tidak kenal dengan Habiburrahman El-Shirazy, penulis novel Ayat-Ayat Cinta yang membawa fenomena yang cukup menakjubkan tidak hanya di Indonesia malahan di Malaysia dan beberapa negara lain.

Habiburrahman El-Shirazy

Malah novel Ayat-Ayat Cinta dan dwilogi Ketika Cinta Bertasbih turut diangkat ke layar perak kerana kejayaan fenomena yang dibawanya. Penulis yang dilahirkan pada 30 September 1976 ini juga merupakan graduan jurusan Hadis Universiti Al-Azhar.  Lebih dikenali sebagai Kang Abik, beliau banyak melahirkan karya-karya yang cukup mesra untuk dibaca oleh segenap lapisan masyarakat.

Antara karya-karyanya adalah Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2, Di Atas Sejadah Cinta, Pudarnya Pesona Cleopatra, dan Dalam Mihrab Cinta. Difahamkan sekarang beliau tengah mengusahakan beberapa karya lain iaitu Langit Makkah Berwarna Merah, Bidadari Bermata Bening dan Bulan Madu di Yerussalam.


Bersama isteri, Muyasaratun Sa'idah dan anak-anak, Muhammad Ziaul Kautsar dan Muhammad Neil Author.

Kali pertama aku mendengar tentang buku Ayat-Ayat Cinta tu, rasa segan pula nak belikan. Bukannya apa, cuma risau dikata orang "apa la ko ni jiwang karat la". Tapi aku buat pekak telinga saja. Malas aku nak layan mereka semua. Dan hasilnya tidak rugi untuk aku membacanya dahulu. 

Banyak manfaat juga yang aku perolehi daripada buku-buku yang ditulis oleh beliau. Ya lah kalau nak ilmu itu, tidak hanya di surau atau di kelas, membaca pun dapat ilmunya. Kerana kalau direnungkan kembali kepada lima ayat yang mula-mula diturunkan atas muka bumi ini pun menuntut manusia untuk membaca. Bukankah begitu?

Raja Pop Meninggal Dunia

Author: Amierul WM // Category:
Sedang Iran masih bergelut dengan masalah dalamannya selepas pilihanraya presiden awal bulan ini, kini dada akhbar, muka televisyen dan corong radio sibuk dengan berita kematian Michael Jackson atau Mikaeel (nama Islamnya) pada 25 Jun lalu. Sudah pasti kita dapat lihat peminatnya meraung-raung dan menangis sambil berhimpun menyanyikan lagu raja pop tersebut.

Mayat Michael Jackson dibawa turun dari helikopter untuk dihantar ke pejabat koroner di Los Angeles untuk bedah siasat oleh video yang dirakam stesen televisyen KNBC4

Macam-macam dakwaan yang diterima tentang punca kematian penyanyi yang terkenal dengan lagu Thriller, Beat It dan Billie Jean itu. Ada yang mendakwa dia meninggal akibat serangan jantung. Ada jyga yang mengaitkannya dengan terlebih mengambil pelbagai ubat penahan sakit termasuk demorol dan vicodin selama beberapa bulan untuk kekal cergas apabila beraksi pada konsert This Is It pada bulan depan. Pengambilan ubat itu disebabkan kecederaan tulang belakang serta keretakan kaki yang dialaminya akibat terjatuh dari pentas dulu.

Saya bukanlah peminat Michael Jackson. Memang tiada langsung memori tentang dia dalam kepala saya. Saya juga tertanya-tanya pada diri saya patutkah saya membacakan Al-Fatihah untuknya? Berita dia memeluk Islam turut menimbulkan rasa skeptif pelbagai pihak.

Foto Michael Jackson menyarung abaya (pakaian tradisi wanita negara Teluk) di Manama, Bahrain.

Majlis dimana Michael dilaporkan telah mengucap dua kalimah syahadah
dan menukar namanya kepada Mikaeel diadakan di rumah rakannya, pemain keyboard Toto dan komposer album Thriller Steve Porcaro di Hollywood Hill, Los Angeles pada tahun 2007. Komposer dari Kanada, David Warnsby (Daud Warnsby Ali), produser album Phillip Bubbal (Idris Phillips) dan penyanyi Cat Stevens (Yusuf Islam).

Selain itu, hatiku juga turut senang kerana saluran berita CNN dan BBC turut disibukkan oleh berita Mikaeel ini. Tiada lagi berita palsu dari Tehran menjengah masuk mungkin buat sementara waktu ini.

Memang Episod Yang Menarik

Author: Amierul WM // Category:
" Kahwin Dulu", itulah tajuk rancangan Halaqah yang sempat aku tonton semalam. Dengan panel jemputannya, Ustaz Farid Ravi dan Ustaz Badli Shah Alauddin, menjadinya sebuah episod Halaqah yang amat mengujakan untuk ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Muqaddimah yang diberikan oleh Ustaz Farid sahaja sudah cukup untuk membuatkan penonton berasa teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana Islam itu membicarakan cinta dan kasih sayang dalam pelbagai konteks dan paradigma dengan cukup indah sekali. Episod kali ini lebih menfokuskan kepada golongan remaja yang dapat kita lihat sekarang sering terjerumus ke dalam cinta monyet yang sia-sia.

Aku amat tertarik dengan ucapan Ustaz Badli Shah yang mengatakan untuk seorang lelaki itu menjadi suami yang baik dan menjamin kebahagiaan ramahtangga, mereka perlu mempunyai sekurang-kurangnya tiga kunci. Apakah kunci-kunci tersebut? Kunci-kuncinya adalah seperti berikut:


  1. Kunci rumah - tak beli pun sewa, jangan la duduk pun bawah jambatan pula
  2. Kunci kereta - takpun motor pun jadi la, jangan basikal pun kena hutang juga
  3. Kunci pejabat/ kunci laci pejabat - jangan la tak bekerja langsung, takkan nak kahwin pun nak mintak diskaun oii
Jadi, kepada rakan-rakan di luar sana tu fikir-fkirkanlah. Kalau sudah benar-benar ikhlas, carilah cinta dan sayang itu dengan cara yang halal dan diredhai. Sesungguhnya setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati dan ubat kepada cinta itu adalah dengan ikatan perkahwinan yang ikhlas, penuh mawaddah dan rahmat.

Kerana hadis Nabi pun menceritakan bahawa seburuk kamu ialah yang berterus-terusan hidup membujang dan seburuk-buruk orang yang mati adalah orang yang mati dalam keadaan dia masih lagi bujang. Berusahalah untuk berkahwin. Cinta sebelum kahwin itu biarlah sederhana sahaja dan jangan sampai melanggar batas-batas agama. Anda juga boleh menonton episod penuh rancangan ini di www.tv9.com.my.

Siswa Rusia Pulang Bercuti

Author: Amierul WM // Category:
Rasa tak percaya aku dapat berchat dengan rakan aku semasa Form 5 dulu hari ni, Nadir yang sekarang ambil medik di Rusia. Aku terkejut gila bila dia tulis dalam facebook dia yang dia rasa panas sungguh berada kat Malaysia ni. Rupa-rupanya dia dah balik ke Malaysia sejak hari Jumaat lepas lagi.

Dia ingat nak keluar dengan budak kelas aku dulu, jumpa-jumpa borak-borak tapi banyak nombor telepon yang dia dah tak ada. Itu pun nasib baik aku jumpa dia dalam facebook. Kalau tak memang hilang contact terus nanti. Tapi tak kisah la. Dia pun cuti sampai 25 Ogos nanti. Kira masih ada masa untuk aku jumpa dengan dia walaupun aku dah pokai gila sekarang ni!!Semoga hajat aku nak hubungkan silaturrahim dengan budak-budak kelas aku tercapailah hendaknya.

Perancis Buat Hal Pula!!

Author: Amierul WM // Category:
Membaca berita luar negara pada hari ni, memang tidak begitu mengejutkan untuk sebuah negara seperti Perancis yang merupakan penyokong sekularisme untuk mengharamkan pemakaian purdah dikalangan masyarakat Islam. Di bawah merupakan berita penuh yang dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia.

Perancis haram purdah

PARIS 23 Jun - Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy semalam mengisytiharkan purdah yang dipakai oleh wanita Islam sebagai pakaian yang tidak diingini di negara ini. Beliau mengecap pakaian yang menyelubungi seluruh badan wanita Islam itu, sebagai simbol tunduk, yang menghalang identiti wanita serta menjadikan mereka sebagai 'tahanan di sebalik tabir'.

Namun, di sebalik kata-kata tegas itu semalam, terdapat juga pengakuan bahawa prinsip asimilasi etnik negara ini yang menuntut pendatang menyingkirkan tradisi mereka dan menyesuaikan diri dengan budaya Perancis - menemui kegagalan kerana tidak memberi peluang saksama kepada pendatang dan anak-anak mereka yang lahir di negara ini.

Dalam ucapan kepada ahli Parlimen di Versailles, Sarkozy menyifatkan pakaian purdah yang lebih dikenali sebagai burka di kalangan etnik Arab sebagai bercanggah dengan nilai-nilai hidup masyarakat Perancis.

Kenyataan Sarkozy menentang burka itu adalah yang paling keras pernah disuarakan oleh seorang pemimpin Eropah ketika beberapa pemimpin Barat sedang berusaha untuk meredakan ketegangan dengan dunia Islam.

Perancis mempunyai penduduk Islam paling ramai di Eropah dengan jumlah dianggarkan 5 juta orang. Sebilangan kecil wanita Islam Perancis memakai burka seperti wanita Islam di Afghanistan dan niqab yang menyelubungi seluruh badan kecuali mata.

Pengkritik khuatir isu pakaian yang menutup seluruh tubuh itu yang setakat ini hanya membabitkan minoriti kecil penduduk Islam Perancis boleh meningkatkan diskriminasi terhadap seluruh umat Islam di negara ini.

Pengarah masjid terbesar di Paris, Dalil Boubakeur berkata, kenyataan Sarkozy yang menolak burka itu mencerminkan budaya Perancis tetapi beliau menghadapi risiko memarakkan ketegangan dengan penduduk Islam. - AFP

Tidak cukup dengan kekecohan yang dibuat berkenaan isu ini oleh Turki dahulu, Perancis pun ingin turut mengikut jejak langkah yang sama. Tindakan ini diibaratkan sebagai mencurah minyak ke api yang akan menyemarakkan lagi ketegangan yang masih berbara dikalangan penduduk Islam seluruh dunia.

Abi..Ayah..Abah..Abuya..Papa

Author: Amierul WM // Category:
Malaysia: Beberapa hari ini, kebanyakan telefon milik lelaki berbunyi-bunyi menandakan mesej atau panggilan sudah masuk. Banyak kaum Adam terutamanya kaum ayah yang hampir menangis kegembiraan menerima mesej dan panggilan daripada anak-anak mereka itu. Anda bila lagi hendak megucapkan Selamat Hari Bapa untuk ayah anda yang tersayang?

Itulah antara petikan buletin yang dipaparkan di otak aku sempena sambutan Hari Bapa baru-baru ini. Kalau nak difikirkan balik, memang aku ni tak la baik sangat dengan abah aku. Ye la, aku ni kira lebih rapat dengan ma aku sebab masa kecil-kecil dulu abah aku tu memang tegas+garang jugak orangnya.

Tapi makin aku besar ni, kira makin sporting jugak la. Dulu masa aku study, aku tak la pakai seluar jean ni. Lepas study kat KL ni baru aku boleh kata ciberi kebebasan nak pakai jean. Bapak aku dah join aku sekali pakai jean masa aku balik kampung semasa cuti Sem dulu.

Tapi tak kira la garang ke, sporting ke, lucu ke, tak bertanggungjawab ke.. bak kata ayat-ayat mak dalam filem Melayu," Tak kira jahat mana pun dia tu, dia tetap ayah kamu, nak". Kita sebagai anak ni kena hormat kepada ayah kita ni. Kalau nak kira berapa banyak titik peluh yang dia keluarkan untuk cari makan minum, tempat tinggal, pakaian dll, memang tersangat tak terkira banyaknya wang yang telah dihabiskan. Itu pun hanya untuk kita tak termasuk adik beradik yang lain lagi tu.

Aku pun nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada abah aku, Wan Mustaffa bin Hamzah; peneroka Felda Chiku 7 Generasi Pertama yang lahir pada 2 Oktober 1960, ayah kepada 3 orang anak untuk segala yang dia pernah buat untuk aku sejak aku tak boleh berjalan sampai dah ada misai sekarang.

Lututku Tercabut Kakiku Longlai!!!

Author: Amierul WM // Category:
"Apa kelas pakai baju kurung, oi", itulah antara banyak-banyak ayat yang aku dengar semasa jalan-jalan di pasar malam di Masjid Jamek semalam. Memang betul, sekarang memang payah untuk melihat kaum Hawa tak kira tua muda yang memakai baju kurung semasa keluar. Agak bertuah pada pandangan aku jikalau dapat melihat walau dua tiga orang anak gadis yang memakai baju kurung semasa keluar berjalan-jalan.

Mungkin anak muda zaman sekarang terlalu mengikut arus kemodenan hingga terlupa tradisi bangsa sendiri. Lebih manis untuk melihat mereka yang berbaju kurung ini daripada mereka yang memakai tudung tapi singkat malah baju pula melekat nak bagi nampak segala-galanya .

Berbalik kepada tajuk diatas, aku memang letih giler sebab terpaksa ulang-alik ke KL Sentral selepas ke Low Yat dan balik semula untuk pergi ke pasar malam berdekatan dengan Masjid Jamek.

Seperti yang dirancang, aku berjaya menghantar laptop aku untuk dibaiki. Tetapi yang sedihnya aku terpaksalah menunggu mungkin sebulan lebih sebelum dapat kembali laptop tu. Tapi tak mengapa sebab aku dapat berjalan-jalan ke pasar malam pula di Masjid Jamek. Memang ramai betul orang kat situ. Sesak betul, nak jalan pun berhimpit. Tujuan aku ke sana sebab sesaja nak makan angin jerebu sambil cari senaskah majalah Dewan Siswa. Susah betul nak cari majalah ni. Kedai-kedai di kat tempat aku , Sunway Piramid, Times Square atau KL Sentral pun tak ada buku ini.

Jalan-jalan di Majid Jamek memang merupakan hobi aku sejak belajar di KL ni. Itu pun kalau berduit la nak pergi pergi. Sebab kat situ, kita dapat tengok pelbagai ragam manusia kat atas muka bumi ni. Alah macam iklam Astro tu; macam-macam ada. Kadang-kadang da la beli barang sikit-sikit. Dan untuk kali ni, aku cuba beli sehelai t-shirt, senaskah majalah dan beberapa batang pen.

Selain tu? Oh, aku juga sempat juga pergi ke Konsert Inspirasi TV3 bertempat di Dataran Merdeka malam tu. Memang ramai manusia kat situ. Rasa Dataran Merdeka tu macam tak cukup untuk menampung kebanjiran penonton yang datang. Dan seperti biasalah macam-macam jenis manusia ada kat situ.

Aku pergi ke konsert tu pun bukan sampai habis. Selepas tengok pembukaan oleh One Nation Emcees, Jamal Abdillah dan Buckface, aku pun terus baik. Terasa malas nak menonton sampai habis sebab aku dah letih sangat masa tu. Tambah lagi, bunyi speaker dia tu memang kuat gila. Nak pecah rasanya telinga aku ni. Itu pun aku duduk kat tengah. Kalau duduk kat depan lagi la, boleh pecah gegendang telinga aku. Tinggal telinga tu nak buat hiasan je la nanti.

Izinkanku Berehat. Sekejap saja...

Author: Amierul WM // Category:
As-salam, nampaknya aku perlu berehat seketika daripada menulis untuk blog ni. Memang aku sekarang mempunyai banyak idea untuk diterjemahkan dalam blog ni tapi aku tidak dapat melakukannya. Hal ni sebab laptop aku sekarang buat hal dan aku terpaksa menghantarnya ke kedai untuk repair. Sedih Betul la.

Nampaknya terpaksalah aku menggunakan masa aku dulu dengan membaca buku Sherlock Holmes; penyiasat paling terkenal kat muka bumi ni, yang dah lama aku beli tapi tak baca-baca lagi tu. Kira buku tu kumpulan cerita-cerita detektif yang asal daripada Sir Arthur Conan Doyle. Sejak kawan baik aku; Hamdi yang dah hilang contact memperkenalkan aku Detective Conan dulu, aku lebih berminat kepada Sherlock Holmes yang merupakan idola Conan itu sendiri hehe.

Esok sambil-sambil gi hantar laptop tu, aku ingt nak pergi juga kat Masjid Jamek dan Dataran Merdeka. Nak tengok la juga sikit2 ape ade kat sana. Lama betul rasanya aku tak pergi k sana. Boleh la juga aku usyar2 kalau ada t-shirt yang best2 sikit. Buat kenangan la katakan. Dengar kata ada konsert inspirasi sempea ulangtahun ke-25 TV3. Boleh juga tengok kejap.

Konsert Inspirasi TV3 bersempena Ulang Tahun Ke-25 TV3.

Tarikh : Sabtu, 20 june 2009
Masa : 9.00-11.00malam di TV3
Tempat: Dataran Merdeka KL
Artis : M.Nasir, Jamal Abdillah, Wings, Afghan, Adibah Nor, Jaclyn Victor, Noryn Aziz, Ning Baizura, Dina, One Nation Emcee, Estranged, Bunkface, Hujan, Aizat, Faizal Tahir

Akhirul kalam, mungkin juga aku tidak akan mengedit blog ini untuk beberapa ketika atas sebab-sebab teknikal ini. Aku ingin memohon maaf atas segala silap salah selama aku mengutarakan pendapat aku melalui blog ini. Salam sejahtera kepada semua. Nantikan entry aku yang akan datang; Operation Cast Lead Vs The Holocaust.

Baikonur Cosmodrome Untuk MEASAT-3a

Author: Amierul WM // Category:

Baikonur Cosmodrome memang terkenal sebagai pusat pelancaran yang meletakkan satelit pertama dunia dan juga angkasawan pertama, Yuri Gagarin ke orbit yang mengembara di angkasa melalui pesawat Vostok 1 pada 12 April 1961.

Bagi Malaysia, Baikonur Cosmodrome sebelum ini mencatatkan sejarah apabila menyaksikan mikrosatelit negara yang pertama iaitu TiungSAT-1 dilancarkan pada 26 September 2000. TiungSAT-1 yang diambil sempena nama burung tiung antara lain digunakan untuk mencerap bumi selain tujuan komunikasi.

Dan yang paling diingati tentang Baikonur pastinya kerana ia menjadi tapak pelancaran Soyuz TMA-11 yang membawa angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ke angkasa atau lebih tepat Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007.

Model MEASAT-3a yang akan dilancarkan di Baikonur, Kazakhstan.

Selain itu, Baikonur juga merupakan tapak pelancaran MEASAT-3 manakala MEASAT-1 dan MEASAT-2 pula dilancarkan di Pusat Angkasa Lepas Guiana (CSG) Arianespace di Kouru, French Guiana. MEASAT-1 dilancarkan menggunakan Arianes-4 pada 13 Januari 1996 dan 10 bulan kemudian, iaitu pada 13 November, menyusul pula MEASAT-2.

Kedua-duanya dilancarkan dengan perbelanjaan sebanyak RM600 juta. Sesuai dengan tempoh jangka hayat yang semakin menghampiri penghujungnya, ditambah pula dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat serta bagi memenuhi kehendak pengguna, maka MEASAT-3 mengambil kedudukan tersebut yang dilancarkan pada 12 Disember 2006.

Kurang seminggu sahaja lagi, satu lagi sejarah bakal dicipta apabila satelit Asia Timur Malaysia yang keempat dijangka berada di orbit apabila MEASAT-3a dilancarkan pada awal pagi 22 Jun. Dengan ini, MEASAT-3a akan menyertai MEASAT-1 dan MEASAT-2 yang sudah berada di orbit sejak 1996 di samping MEASAT-3 yang dilancarkan pada 2006.

Sebagai seorang anak Malaysia, aku berasa bangga dengan kejayaan ini dan bersyukur dapat hidup dalam negara yang makmur seperti Malaysia.

Aku Jiwa Merempat

Author: Amierul WM // Category:
Hari ini aku memakai baju hitam dan cargo pants lagi. Ya, sama seperti minggu lepas jugak. Betapa aku rasa terabai dan disisihkan daripada student lain ish ish ish. Sedang budak-budak lain belajar 'Material and Hardware' dan 'Air Legislation', aku dan 5 lagi kawan aku 'merempat' di bilik operasi Fokker 27. Mula-mula buka la sikit IPC dan manual. Pastu dah lama sikit mula la buka myspace, tagged, facebook entah apa lagi entah aku pun tak tahu.

Mungkin minggu ni lebih baik sebab kitorang ada buat task dengan Caessna yang baru beli tu. Kumpulan aku dapat task kat 'flight control' untuk bahagian sayap. Lepas tu kena pula buat presentation untuk task tu kepada instructer kitorang. Kena la juga belek-belek manual nak cari maklumat sikit. Aku dan Iqbal ada la juga pergi kat kapal terbang tu nak try test sikit dia punya sistem yang berkaitan.

Ditambah pula dengan mock IELTS, memang minggu ni aku menjadi separa sibuk menguruskan masa. Entah modul apa pula yang aku akan belajar minggu depan. Dan minggu depan juga aku ada test IELTS untuk kelayakan Category B nanti. Doakan aku semoga berjaya mengharunginya dengan yakin dan tenang.

Mutiara Naga Merah!!!

Author: Amierul WM // Category:
Buah Naga atau umumnya dikenali sebagai Pitaya ini ialah tanaman baru yang belum diterokai sepenuhnya di negara kita. Di Malaysia, kawasan penanaman buah naga ini sangat kecil berbanding dengan tanaman lain seperti tanaman komoditi yang sememangnya di usahakan secara besar-besaran di Malaysia. Namun demikian, penanaman buah naga mula mendapat perhatian dan sambutan hangat di Malaysia kerana buah ini mengandungi khasiat yang tinggi berbanding buah lain.

Buah naga berasal dari negara-negara Amerika Latin iaitu Chile, Argentina, Peru, dan Mexico. Buah ini di bawa ke Vietnam sebagai tanaman hiasan yang kemudiannya ditanam secara besar-besaran setelah mengetahui keenakan buahnya. Kini Vietnam telah menjadi sumber pengeluar dan pengeksport utama dunia untuk buah naga.

Kebaikan Penanaman Buah Naga

1. Sejenis buah yang tulen dan tidak memerlukan racun serangga.

2. Albumen mengeluarkan toksik dan mengalir keluar lebihan galian.

3. Anthocyanin membebaskan radikal dan melambatkan proses penuaan.

4. Vitamin C mencantikkan dan menyebabkan kulit kelihatan lebih cerah.

5. Pengurangan berat badan kerana buah naga kaya dengan fiber yang mudah larut.

6. Rawatan terhadap penyakit diabetes (kencing manis).

7. Mencegah penyakit kanser usus besar. Mempercepatkan proses pembuangan air besar.

Dugaan Datang Lagi

Author: Amierul WM // Category:
Hari ini memang merupakan hari yang agak begitu teruk dalam hidup aku. Banyak betul benda-benda yang mengarut telah terjadi dan aku buat.

First sekali, aku plan nak hantar laptop aku kat Low Yat untuk repair sebab aku masih ada dia punya warranty. Pastu pergi la aku dengan selambenya. Dah masuk plaza tu, dah sampai dah pun kat kedai dia. Tengok-tengok aku lupa la nak bawa bateri dia. Ya Allah, macam mana la aku boleh lupa pulak ni. Memang sedih giler r aku masa tu.

Tapi bak kata orang dalam susah tu ada jugak sikit hikmahnya. Masa aku nak keluar dari plaza tu, aku terjumpa pulak dengan Najwa Sakinah!! Siapa dia?? Awek aku dulu? Ooo bukan, dia ni junior aku dulu masa dalam Pasukan Kor Kadet Polis kat Taiping dulu. Lawa memang lawa tapi sori la dia tu lagi tinggi pada aku ni haha. Tu tengok je la. Malas pulak nak tegur sebab dia pun bukan kenal sangat dengan aku ni.

Pastu entah gila apa pulak aku ni, aku berhenti kat stesen Tun Sambathan kalau tak silap sebab aku nak pergi Menara Dewan Bahasa dan Pustaka. Tak gila ke tu!! Aku jalan punya la jauh nak pergi situ. Rasa macam nak tercabut kaki aku ni.

Tapi tu memang pengalaman pertama aku pergi ke sana. Selama ni pun asyik tengok dari jauh saja. Aku ada la tanya guard kat situ mana kedai kat situ. Dia cakap kedai tu kat sebelah yang satu lagi bukan sebelah tempat aku datang tu. Orang yang datang situ pun banyak yang silap macam aku juga. Ada la jugak sikit pengalaman kalau aku datang lagi kat sini lain kali.

Walau apa pun, begitu la hidup ni. Kalau tak ada dugaan bukan la hidup namanya tu. Dengan dugaan ni la manusia ni menjadi semakin kreatif dan maju dalam hidup mereka bukan begitu. Dan aku berharap semoga hari esok akan menjadi lebih baik daripada hari ini.

Cuti Sekolah: Masa Nyawa Melayang

Author: Amierul WM // Category:
Dalam entry dulu aku dah kata, memang tak digalakkan sangat untuk datang ke Kelantan terutamanya semasa cuti panjang. Sebab banyak sangat orang Kelantan dan orang yang datangke Kelantan, maka mengakibatkan kes-kes kemalangan jalan raya juga turut meningkat. Cuba tengok sedikit berita dari Berita Harian hari ini.

Kota Bharu: Kelantan mencatatkan 236 kes kemalangan jalan raya membabitkan 427 pelbagai jenis kenderaan sepanjang tempoh cuti persekolahan bermula 29 Mei lalu hingga semalam, kebanyakannya berpunca daripada sikap pengguna yang gagal mematuhi peraturan. Jumlah kemalangan itu dianggap membimbangkan. Walaupun pelbagai kempen kesedaran dijalankan polis, mesej yang disampaikan kelihatan tidak diendahkan pengguna jalan raya.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik Kelantan, Superintendan Azli Md Noor, berkata daripada 236 kemalangan yang berlaku sepanjang tempoh itu, ia membabitkan 293 kereta, motosikal (84), kenderaan pacuan empat roda (18); lori (12); van (9); teksi dan basikal masing-masing, tiga; dua bas dan pejalan kaki.

"Kemalangan jalan raya yang berlaku sepanjang cuti persekolahan ini menyaksikan sembilan mangsa terbunuh, 16 cedera parah, 34 cedera ringan dan 177 mengalami luka biasa," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, kemalangan tertinggi berlaku di Kota Bharu dengan 77 kemalangan jumlah kemalangan diikuti Pasir Mas, Machang dan Tumpat, masing-masing mencatatkan 22 kes; Tanah Merah dan Gua Musang, 19, serta Kuala Krai, 18 kes.

"Melihat angka kemalangan yang membimbangkan itu, polis sering mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk mengadakan kempen kesedaran dengan bantuan pelbagai pihak bagi mengurangkan kadar kemalangan itu," katanya.

Azli berkata, hasil siasatan mendapati kebanyakan kemalangan yang berlaku berpunca daripada sikap pemandu sendiri yang masing-masing menunjukkan kehebatan di jalan raya tanpa mengambil kira faktor keselamatan.

"Pengguna jalan raya sepatutnya faham situasi yang dihadapi dan perlu bertolak ansur di jalan raya bagi mengelakkan daripada berlaku kejadian buruk yang boleh mengancam nyawa," katanya.

Selain itu, katanya, mengantuk menjadi sebab utama kemalangan dan pemandu disarankan berhenti di mana-mana lokasi yang sesuai untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan.

Karnival Raksasa Iran

Author: Amierul WM // Category:
TEHERAN - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad memperuntukkan dana yang besar untuk mencetak poster, risalah, bendera, belon, cakera video digital (DVD) dan pesanan khidmat ringkas (SMS) dalam kempen pilihan raya presiden.

Pilihan raya presiden yang akan menentukan sama ada Mahmoud mengekalkan jawatannya itu diadakan pada hari ini.

Mahmoud dan bekas Perdana Menteri, Mir Hossein Mousavi menghidupkan demam pilihan raya dengan menjadikan suasana di jalan-jalan raya Iran seperti karnival raksasa.

Calon presiden yang lain, Mohsen Rezai dan Mehdi Karroubi didapati kurang menonjol dalam kempen kali ini.

POSTER Mir Hossein (atas) dan Mohsen (bawah) ditampalkan di dinding sebuah lokasi di Teheran

Tingkap-tingkap kedai memaparkan poster calon manakala cermin hadapan kereta turut dihias pelekat sehingga pihak polis mengeluarkan amaran mengenai amalan berbahaya tersebut.

Jumlah dana yang terbabit dalam pilihan raya presiden kali ini tidak dapat dipastikan.

"Pejabat pilihan raya kami dikendalikan oleh orang biasa. Setiap orang mencetak dan mengedarkannya," kata seorang pekerja kempen Mahmoud.

Dalam satu ceramah di Teheran pada Isnin lalu, kumpulan sukarelawan pilihan raya Mahmoud mengedarkan beribu-ribu cakera padat, bendera Iran, poster dan akhbar kempen.

"Kempen pilihan raya Mir Hossein mungkin mencecah sehingga AS$40 juta (RM140 juta)," kata seorang pegawai pilihan rayanya.

Di beberapa kedai di Teheran, sejumlah kedai kosong dan dijadikan pusat kempen yang disewa sehingga AS$4,000 (RM13,960) sebulan.

Setiap tengah hari dan petang, sejumlah penyokong muda berkumpul di luar pusat-pusat kempen untuk mengedar sejumlah barangan pilihan raya kepada pemandu kenderaan.

"Kebanyakan remaja yang datang membantu mengedarkan bahan pilihan raya bekerja secara percuma," kata seorang pekerja kempen Mir Hossein.

SEORANG lelaki menghiasi kepalanya dengan gambar Mahmoud di Universiti Sharif, Teheran

Pesaing-pesaing Mir Hossein mendakwa beliau mendapat bantuan daripada sejumlah ahli perniagaan.

Akhbar-akhbar di Iran juga mula memihak kepada calon yang disukai.

Sebulan lalu, penyokong Mir Hossein melancarkan akhbar Andishe No (Fikiran Baru) dan Kalameh Sabz (Dunia Hijau).

Mahmoud pula disokong akhbar Vatan Emruz (Harian Nasional) manakala akhbar kerajaan, Kayhan turut menyokong beliau walaupun masing-masing adalah milik awam.

Mengikut laporan akhbar, jumlah SMS semasa kempen pemilihan presiden meningkat daripada 60 juta kepada 100 juta sehari. - AFP

oleh KOSMO

Dari Dwilogi Ke Filem

Author: Amierul WM // Category:
Ketika Cinta Bertasbih. Sememangnya sebuah dwilogi yang sungguh hebat pada pandangan aku dan mungkin lebih hebat daripada Ayat-Ayat Cinta daripada penulis yang sama, Habiburrahman El Shirazy (Kang Abik). Episod pertamanya berlatarkan negara Mesir dan yang kedua pula di Indonesia itu sendiri. Dwilogi ini boleh dikatakan membawa tema "kalau jodoh takkan ke mana" secara ringkasnya.

Ia mengisahkan Khairul Azzam, seorang mahasiswa yang cerdas tatkala di tahun pertama menimba ilmu di Al Azhar ia memperoleh predikat jayyid jidda (istimewa) yang tekun menjalankan perniagaan bakso dan tempe untuk menyara kehidupan keluarganya di Indonesia selepas kematian bapanya. Dia ingin melamar Anna Alhanfunnisa, puteri Kiai Luthfi yang digambarkan cukup cantik, solehah dan cerdas sekali orangnya. Walaubagaimana pun, impiannya tidak kesampaian setelah sahabatnya, Furqan terlebih dahulu meminangnya.

Ayatul Husna, Eliana, Khairul Azzam, Anna Althafunnisa, Furqan, Ustaz Mujib dan Kiai Luthfi


11 Jun 2009. Dwilogi ini akan diangkat pun ke layar perak seperti filem Ayat-Ayat Cinta dulu di Indonesia. Mungkin kali ini persembahannya lebih baik kerana Kang Abik sendiri akan berunding dengan pihak produksi untuk tidak begitu mengubah jalan ceritanya. Tambahan lagi, Kang Abik sendiri akan melakokan salah satu watak iaitu Ustaz Mujib. Sudah pasti filem ini menjanjikan suatu kepuasan untuk peminat dwilogi ini. Aku menantikan filem ini untuk ditayangkan di Malaysia nanti. Di sini aku sertakan trailer untuk filem ini.

Di Tembak Dalam Masjid

Author: Amierul WM // Category:
Bukan setakat di kebun dan jalan, kini penyerang di wilayah bergolak di selatan Thailand turut mencari korban di dalam masjid. Menurut berita yang diperolehi daripada Utusan Malaysia hari ini, kejadian ini berlaku di Masjid Al-Furqan, Kampung Air Tempayan semasa solat isyak kira-kira pukul 8.50 malam tadi. Serangan ini telah membunuh 11 orang jemaah termasuk imam masjid, Wan Nasir Wan Abdullah, 62, terkorban manakala 12 parah dan dua terselamat.

Menurut seorang saksi, Hassan Deraman, 17, berkata, kejadian berlaku amat pantas kira-kira lima minit di mana empat lelaki dikatakan menyerbu masuk ke dalam masjid dari arah pintu belakang manakala dua lagi dari arah tepi. Katanya, kesemua mereka bersenjatakan rifel M-16 dan pump gun serta memakai seragam hitam serta bertopeng.

‘‘Ketika kejadian berlaku saya bersama tiga lagi rakan berada dalam wakaf kira-kira 15 meter dari pintu masuk utama masjid ini, Tiba-tiba kami mendengar bunyi tembakan yang kuat bertalu-talu. Kami bersembunyi dan bergerak ke tempat kejadian dengan perlahan-lahan dalam gelap untuk melihat apa yang berlaku dengan lebih jelas. Saya kemudian melihat mereka memasuki masjid ini dan melepaskan tembakan ke arah kepala serta badan jemaah yang terbaring dalam ruang solat, tembakan itu dilepaskan bagi memastikan kesemua jemaah ini benar-benar mati,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tempat kejadian.

Hassan berkata, penyerang dipercayai memasuki kawasan masjid melalui hutan dan kawasan ladang getah di bahagian belakang bagi memastikan kehadiran mereka tidak disedari. Katanya, pembunuh kejam itu tidak memasuki masjid melalui pintu utama kerana ia diterangi dengan cahaya lampu. Selepas bunyi tembakan hilang, beberapa orang kampung datang dan saya bersama mereka memasuki masjid melihat mayat bergelimpangan dipenuhi dengan darah.

‘‘Ketika itu, hanya dua jemaah terselamat tanpa sebarang kesan tembakan. Salah seorang daripada mereka adalah ‘tok siak’ masjid, bagaimanapun akibat terkejut dengan serangan tersebut dia pengsan kerana serangan jantung. Seorang lagi yang terselamat adalah ahli kumpulan ‘tabligh’ yang datang berdakwah di sini, dia terselamat kerana ketika itu sedang sujud dan setelah mendengar bunyi tembakan dia meniarap dan berpura-pura mati,” katanya.

Artikel penuh Utusan Malaysia>>

Melepak Dan 'Air Legislation'

Author: Amierul WM // Category:
Nampaknya minggu ni aku terpaksa la membuang masa dengan kerja-kerja workshop. Hari ni aku hanya membersih dan mengenalpasti alat-alat asas yang digunakan dalam bengkel. Padahal benda tu aku dah buat semasa belajar 'Maintainance Practises' dengan En. Misni dulu. Jadi buat balik benda ni boleh dikatakan agak membuang masa selain aku dengan geng yang lain tak boleh belajar benda baru.


Dengki juga aku dengan kawan-kawan aku yang sedang belajar 'Air Legislation' dengan bestnya. Nak buat macam mana, diorang punya kursus Cat A dirancang tamat bulan Ogos ni. Tapi aku rasa mungkin takkan sempat kerana untuk modul 7 'Maintainance Practises' tu ambil masa lebih satu bulan setengah tak ditambah dengan modul-modul lain lagi.


Walaubagaimana pun, tak kisah la. Aku pun sudah lama tak merasa melepak di kelas sebab aku dulu kelas yang first. Memang rasa cepat giler satu-satu modul tu habis. Sekarang selepas kelas dirombak dan aku masuk dalam kumpulan TAME 1, lambat la sikit belajar sebab aku punya kursus 2 tahun lagi baru selesai.

Cuti Semesterku: Sudah Habis

Author: Amierul WM // Category:
Fuh!! Tak terasa pula cuti sem aku sudah habis. Bukan terasa singkat tetapi cuti sem aku itu hanya seminggu. Tak kurang tak lebih. Ngam-ngam je la. Kalau hendak dibandingkan dengan cuti budak-budak di kolej atau universiti, memang aku rasa cuti sem aku ni yang paling sedikit dalam Malaysia untuk seorang pelajar.


Walau berapa hari pun aku dapat cuti, ia tak akan mengubah fakta yang kereta yang datang ke Kelantan meningkat 3 kali ganda daripada biasa kalah Hot FM untuk lebih hangat daripada biasa. Begitu juga dengan harga makanannya turut mencekik leher orang yang bertandang ke Kelantan. Jalan ke pusat bandar KB? Comfirm, tertonggek sampai malam kalau berkenderaan sendiri.

Jika hendak dikira kenderaan yang berduyun-duyun masuk ke Kelantan, dijangka kira-kira 2,500 buah. Dalam setiap kenderaan pula, puratanya 4 orang sekali dengan pemandunya. Jadi untuk orang yang lemah Add Math macam aku ni, sudah 10,000 rakyat Malaysia sahaja sedang melepak di Kelantan semasa cuti sekolah!!!

Tip-tip bagi yang nak bercuti di Kelantan (yg aku tahu je la):
  • Bawa geng orang Kelantan (klu boleh yg PURE giler) sebab orang Kelantan ni tahu kalau anda ni orang luar atau tak. Klu ya, harga dia pun apa lagikan NAIK LA.
  • Jangan datang masa cuti panjang/sekolah atau seangkatan dengannya sebab jalan comfirm sesak giler.
  • Sediakan kaki anda sebab tempat2 menarik kat Kelantan ni dekat2 antara satu sama lain dan lebih mudah untuk pergi dari satu tempat ke tempat yang lain
  • Dah rancang dulu tempat2 yg nak pergi baru senang sikit nak pergi

Puisiku Di Majalah Dewan Siswa

Author: Amierul WM // Category:


Orang-orang Di Tepi Sungai Tigris

Tidakkah kamu melihat
betapa indah Taman Tergantung Babylon
ciptaan keagungan Raja Nebuchadnezzar
runtuh lebur berkecai
bersyukurlah...

tidakkah kamu melihat
gagah kebalnya lasykar Ajam itu
dengan Istana Putih jadi kebanggaan
luas tak terkira jajah takluknya
runtuh lebur berkecai
bersyukurlah...

tidakkah kamu melihat
terbitnya Nur Ilahi, sinar Rasullullah, cahaya Islam
sesubur Al-Bukhari Ibnu Sina Al-Kindi
ilmunya setiap tempat tika dan masa
runtuh lebur berkecai
bersyukurlah...

tidakkah kamu melihat
kuda-kuda Hulagu Khan itu
menghentam, memanggang, menyembelih
seranap Kota Baghdadnya, Baitul Hikmahnya
runtuh lebur berkecai
bersyukurlah...

tidakkah kamu melihat
bahawa manusia itu semata-mata hamba Allah
dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia
melainkan untuk beribadat kepada-Ku
semata-mata...

Puisi ini disiarkan dalam majalah Dewan Siswa Mei 2008 dulu lagi. Memang aku tak sangka puisi yang aku hantar untuk majalah Dewan Siswa ini boleh diterbitkan. Mula-mula ingat saja-saja je nak hantar. Ye la kan mana la tau kalau dapat honorarium ke. Tapi lepas puisi tu disiarkan, aku dapat juga sedikit penghargaan daripada DBP sebanyak RM50 sebagai penyumbang luar majalah tu.


Puisi-puisi yang dihantar tu dinilai oleh Faisal Tehrani yang juga merupakan anak didik kepada 2 Sasterawan Negara; SN Datuk A. Samad Said dan SN Dato Shahnon Ahmad selain penerima Anugerah Seni Negara 2006, merupakan pengiktirafan tertinggi yang dikurniakan oleh Kerajaan Malaysia kepada penggiat, karyawan dan seniman yang telah memperlihatkan ketokohan dan sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan seni tanahair.

Petikan komen beliau untuk aku:

Puisi lain yang temanya juga bagus ialah puisi karya Ahmad Amierul Hafizi Wan Mustaffa dengan judulnya "Orang-orang di Tepi Sungai Tigris". Puisi itu membawa kita mengenang kemusnahan Baghdad di era kejatuhan Dinasti Abbasiyyah. Penyair kelihatannya menyedari sejarah dan mempunyai hasrat menyampaikan mesej yang besar, tetapi sekali lagi tanpa bahasa khas puisi, karyanya menjadi terlalu langsung.
Lihat bait dibawah:

tidakkah kamu melihat
kuda-kuda Hulagu Khan itu
menghentam, memanggang, menyembelih
seranap Kota Baghdadnya, Baitul Hikmahnya
runtuh lebur berkecai
bersyukurlah...

Niat pengarang untuk menghantar mesej tauhid, iaitu manusia harus menjadi khalifah Allah, juga hilang dalam lecamuk tema sejarah yang dipilihnya sehingga terasa tidak berhubungan.

Biasalah pertama kali tulis puisi memang agar mencabar juga. Nak cari perkataan yang sesuai tu memang menjadi satu beban kalau kurang membaca dan meneliti karya-karya daripada penulis yang lebih senior. Tapi apa-apa pun aku akan cuba untuk terus menghantar karya untuk Dewan Siswa. Mungkin kali ini cerpen pula. Insya-Allah, moga-moga dapat disiarkan lagi dalam majalah tersebut.Amin.

Sastera Popular VS Sastera Islam

Author: Amierul WM // Category:

Ayat-Ayat Cinta. Sebuah novel yang bukan sekadar novel cinta yang berlambak di pasaran. Bersih sepenuhnya daripada babak makhsyuk dan berahi yang memenuhi seluruh kisah novel2 yang lain. Tuntasnya, bukan novel cinta picisan. Penulis ternyata tidak mengangkat tema cinta hina manusia berlebih-lebihan. Keseluruhannya adalah naskhah yang memberi seribu nilai yang baik dalam nuansa Islamik yang menyentuh hati. Lantaran itu, tidak hairanlah berjaya menjadi buku yang terlaris.

Petikan Berita Harian oleh Nazmi Yaacob

POLEMIK sastera popular berjangkit dalam sastera Islam apabila novelis dan pengarang muda terutama berlatarbelakangkan pengajian Islam, apabila turut meminjam pendekatan popular untuk menghasilkan karya kreatif berunsurkan Islam dalam usaha menarik minat pembaca.

Percikan polemik pendekatan popular dalam sastera Islam yang sebelum ini lebih berlegar dalam dunia siber terutamanya laman blog, dibincangkan secara nyata pada Forum Sastera Popular Islami di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Meskipun forum sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 itu, tidak memberi kesimpulan tuntas terhadap kewajaran sastera Islam meminjam pendekatan popular, pandangan yang dilontarkan tiga panel generasi baru itu berjaya didasarkan kepada sejarah sastera Islam dan realiti semasa.

Hal ini dibantu oleh pemilihan panel yang tepat dan mewakili pengarang serta pengkritik yang terbabit secara langsung dalam sastera Islam sehingga menyebabkan forum anjuran Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) itu, tidak hilang arah dan tumpuan.

Forum itu tidak mengulangi ‘kesilapan’ Forum Kepengarangan Muslimah Nusantara: Arah dan Falsafah apabila tidak berupaya membicarakan dasar kepengarangan serta hala tuju pengarang dalam sastera Islam, tetapi forum sastera Islam popular masih berupaya mendapatkan ahli panel ‘berjenama’.

Pengarang muda kontroversi, Mohd Faizal Musa atau lebih dikenali sebagai Faisal Tehrani, mempersoalkan kewajaran dunia sastera tanah air meniru gaya dan persembahan sastera Islam bersifat popular di Indonesia ekoran latar belakang pembacaan dengan iklim, suasana dan budaya berbeza.

Penghasilan novel seperti Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman el-Shirazy memang berguna untuk menyaingi kebanjiran novel erotisme dan buku kumpulan Islam liberal di Indonesia. Sebaliknya Malaysia tidak berdepan dengan masalah ini dan peniruan gaya berkenaan menimbulkan tanda tanya,” katanya pada forum yang dipengerusikan Timbalan Setiausaha Pena, Shamsudin Othman.


Bagaimanapun, Faisal Tehrani masih mengakui, pengalaman dan pengetahuan dalam konteks sastera Islam antara dua negara terbabit masih boleh dimanfaatkan antara satu sama lain, meskipun iklim, suasana, budaya dan pengamalan Islam yang berbeza.

“Sastera Islam di negara ini bermula seawal zaman Tok Kenali pada dekad 1920-an apabila beliau banyak menghasilkan cerpen berunsur berkhutbah, tetapi kematiannya menyebabkan karya dalam bentuk itu turut lenyap. Gaya penulisan sastera Islam moden berkembang semula pada 1960-an melalui puisi Islam seperti Adi Rumi dan Dr Zulkifli Mohamad,” kata novelis Tunggu Teduh Dulu, Tuhan Manusia dan Saasatul Ibaad itu.

Faisal Tehrani melihat sastera Islam sehingga 1970-an muncul dalam bentuk terpencil dan terpisah-pisah sehinggalah konsep sastera Islam dikemukakan SN, Prof Emeritus Dr Shahnon Ahmad termasuk polemiknya dengan Dr Kassim Ahmad, manakala pengarang dan pemilik Pustaka Dian di Kelantan, Allahyarham Datuk Yusuf Zaki Yaacob pula, pernah membentangkan kertas kerja yang menjelaskan sastera Islam di Jakarta, Indonesia.

Pada forum terbabit, Faisal Tehrani turut menimbulkan persoalan kewajaran mengimport gaya popular itu ke negara ini, manakala Habiburrahman sendiri menganggap kecenderungan penulis baru di negaranya untuk tampil dengan gaya penceritaan hampir sama dan nama pena yang stereotaip, boleh membunuh bakat dan kreativiti mereka.

“Inilah penyakit umat apabila lebih gemar menjadi pengikut kerana novel seumpama itu. Maka, kita dapat melihat berbondong-bondong puluhan judul novel di rak kedai buku, tetapi bentuk dan gaya penulisannya lebih kurang sama, seolah-olah tidak terdorong menjadi pencetus kepada sesuatu yang lebih baru,” katanya yang terkenal dengan novel Di Atas Sajadah Cinta, Ketika Cinta Berbuah Surga, Pudarnya Pesona Cleopatra, Ketika Cinta Bertasbih 1, Ketika Cinta Bertasbih 2 dan Dalam Mihrab Cinta.

Habiburrahman turut menegaskan beliau tidak pernah mengambil kira pendekatannya bersifat popular atau tidak, sebaliknya lebih mengutamakan cara untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat, tanpa mengharapkan perakuan terhadap karyanya.

Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM), Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata sastera Islam menampilkan perbezaan ketara daripada karya Barat apabila menawarkan watak manusia yang agung dan bersifat adi luhur.

“Karya Barat mendedahkan keburukan sebagai nilai dan pengaruh besar, selain menelanjangkan watak sehingga mempesonakan pembaca, tetapi dengan citra buruk. Wataknya malang, sakit dan hina, sedangkan sebagai umat Islam, kita memerlukan watak baik dan agung, sekali gus melihat sisi kecantikan pada manusia,” katanya.

Apa Ada Di Dalam Kaabah?

Author: Amierul WM // Category:

Kalau fikir balik, nak masuk ke dalam Kaabah entah bile entah baru dapat. Nak pergi haji pun separuh abad baru bleh pergi kan. Pemimpin2 Islam pernah masuk ke dalam Kaabah masa persidangan negara2 Islam dulu. Ape yang terdapat di dalam Kaabah menjadi suatu yang misteri kerana bukan semua berpeluang untuk masuk ke dalamnya.

Zaman Nabi Muhammad s.a.w., di dalam Kaabah ada terdapat enam tiang yang dibina oleh Kaum Quraisy, tiang itu diguna untuk menyokong bumbungnya. Dua tiang sebelah kiri, satu tiang di sebelah kanan dan tiga tiang di sebelah belakang. Tiang-tiang itu adalah tiang kayu.

Selepas pembinaan yang dilakukan Sultan Murad, cuma terdapat tiga batang tiang kayu. Tiang-tiang itu terletak di bahagian tengah Kaabah, setiap satu batang bergaris pusat lebih kurang 1.5 meter. Berwarna merah kekuningan. Satu daripada tiang itu berbentuk bulat dan dua lagi berbentuk empat persegi.

Sekitar tahun 1304 Hijrah (tahun 1884) tiang-tiang dalam Kaabah itu menjadi reput, dalam tahun 1314 Hijrah (tahun 1894) ia telah diperkuatkan dengan dibuat lengkungan kayu seperti bola di bahagian bawah setiap tiang itu yang terletak lebih kurang 1.5 meter dari lantai Kaabah. Antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di antara satu sama lain ialah 2.35 meter.




Terdapat sebuah tangga kayu yang dibina di dalam Kaabah untuk menuju ke bumbung Kaabah. Di tangga itu telah dipasang dengan tirai kain sutera hitam yang dihiasi emas dan perak. Lantai dalam Kaabah dipasang marmah putih dan marmar merah. Dinding Kaabah juga dipasang marmar berwarna dan dihiasi dengan tulisan khat.

Dalam Kaabah juga terdapat tirai sutera merah putih yang tertulis kalimah syahadah. Terdapat banyak lagi perkataan yang ditulis, tirai itu digunakan untuk menutup bahagian dalam bumbung Kaabah dan empat penjuru bahagian dalam dinding Kaabah.

Oleh kerana tirai itu dibuat semasa pemerintahan Sultan Abdul Aziz Khan iaitu dalam tahun 1209 H (tahun 1789) maka dalam usia yang terlalu lama itu, warnanya menjadi seperti hijau dan kelabu.

Ada pelbagai jenis lampu berwarna-warni yang diletakkan di antara tiga tiang Kaabah. Lampu-lampu itu adalah hadiah-hadiah yang diberikan orang untuk Kaabah semenjak berkurun-kurun lagi. Terdapat sepasang kayu papan yang diletakkan pada dinding Kaabah, kayu itu berasal dari bahtera Nabi Noh. Terdapat sekeping marmar merah empat segi di sebelah sudut utara dalam Kaabah.

Antara barangan lain yang terdapat dalam Kaabah ialah barang tinggalan sejarah yang diletakkan di penjuru Iraqi, antara barangan itu termasuklah sepasang subang dipercayai kepunyaan Siti Maryam dan satu tanduk kibas.



Menurut kata Dr Muzammil Siddiqi [1] yang berpeluang masuk ke dalam Kaabah pada tahun 1998; Di dalam Kaabah ada: 3 tiang, antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di antara satu sama lain ialah 2.35 meter. Terdapat sebuah meja di tepi untuk letak benda seperti minyak wangi; ada 2 lampu seperti pelita tergantung dari siling; ruangnya boleh memuatkan lebih kurang 50 orang, tiada lampu elektrik iaitu tidak ada system pencahayaan elektrik, dinding dan lantainya daripada marmar kecuali ada sebuah bahagian yang dinamai “Rukhamat Humra”, tiada tingkap, satu pintu, dinding sebelah atas diliputi kain yang ada kalimah di atasnya. Bahagian atas dinding ditutup dengan kain warna hijau dihiasi dengan tulisan ayat al-Quran dengan tinta emas.

Perigi Harta Dalam Kaabah

Mengikut kajian dari Muhammad al-Azraqi, ada terdapat sebuah perigi tersangat dalam di dalam Kaabah yang digali oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. Perigi itu terletak di sebelah kanan Kaabah. Di dalam perigi itu telah dimasukkan emas, perak dan permata yang dihadiahkan orang kepada Kaabah dalam jumlah yang agak banyak. Perigi tersebut kini berada di bawah lantai marmar bahagian dalam Kaabah.

Ibu..Bonda..Ma..Ummi..Emak..Mama..

Author: Amierul WM // Category:
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, "Datang seseorang menemui Rasullullah SAW. Dia bertanya, " Wahai Rasullullah, siapakah orang yang paling layak untuk aku bergaul baik kepadanya? "Baginda SAW menjawab, "Ibumu." "Kemudian siapa?" "Ibumu." Kemudian setelahnya siapa?" "Ibumu." Untuk kali yang berikutnya orang itu kembali bertanya, "Lalu siapa?" "Ayahmu," jawab Baginda SAW.


Tengok balik hadis Baginda SAW ni menunjukkan betapa tinggi dan mulianya golongan ibu ini dalam agama Islam. Boleh dikatakan pergaulan dengan ibu itu tersangat dititikberatkn ibrat 3x lebih dituntut jika nak dibndingkn dengan bapa. Kalau nak kire balik jasa ibu ni, memang tak terkira sbb dia sudah menjaga kita sejak roh ditiupkan ke dalam daging smpailah sekrg.

Sengaja aku lambat menulis tentang hari ibu ni. Kenapa? Sebab hari ibu ni buknlah satu hari sahaja yang kita patut ingat pasal semua jasa dan pengorbanan beliau bahkan setiap hari dalam hidup kita ni, kita tetap ingat susah payah ibu tu nak besarkn kita.



Tapi kalau kita nak tengok balik budak2 sekrg ni, memang rasa tension jugk la. Kes buang2 anak ni sudah macam perkara biasa dalam hidup ni tambah2 remaja2 Melayu kat luar sana. Bukan saja buang kat tong sampah, tandas, masjid dan longkang malah ada yang sanggup pukul pijak sampai mati anak yang baru lahir tu baru buang dalam tong sampah. Masya-allah..apa sudah jadi dengan anak2 zaman skrg ni.



Kalau sudah pandai nak bercouple, dating, zina takkan Tuhan sudah bagi anugerah pun xnk terima. main buang je ikut suka hati, tu memang tak leh r nak cakap lagi. Lebih teruk giler dari binatang tu. Binatang tu bagi minum makan bagi besar dulu kalau nak tinggal pun. Ni la sebab Islam ni xnak bagi pergaulan bebas sangt. Tak salah kalau nak kawn dengan sape2 pun tapi batas tu kene la ada skit.


Walau setan mana pun budak2 zaman sekarang ni, aku memang bersyukur giler aku ni lahir kat kampung dan xde la terdedah sangt dengan gelombang sosial macam kat bandar skrg. Tambh lagi ak dibesarkan oleh ma aku yang bagi aku memang xtau la nak cakap bai dia mcm mana. Tetap jugak melayan kerenah aku yang tak betul ni. Terima kasih untuk segala yang ma dah buat untuk along selama along lahir kat muka bumi ni, segala pengorbanan, titik peluh, susah payah, doa dan air mata untuk along along xkan lupakan sampai bile2. SELAMAT HARI IBU, MA!!!

Selamat Hari Guru, Cikgu !!!

Author: Amierul WM // Category:
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetapkan kami tunaikan..


Pantang 16 Mei je mesti cikgu dengan budak2 skali nyanyi lagu ni kan..hehehe. Biasa la tu nama pun Hari Guru mesti r special untuk cikgu kan. ingat balik dulu study kat MRSM rasa macm kejp je blaja, mcm x cukup la plak walau dah belajar dari tahun 1 smpi le tingkatan 5 dlu. Ada la skit gambar nak kongsi pasal cikgu2 aku kat MRSM Taiping dulu. Rinda giler r dengan diorang!!!!


Ni la gambar ngan cikgu hoomroom aku kat Mrsm Taiping dulu, hoomroom Loyal yang best!! Cikgu Idi namanya yang pakai kopiah tu. 0k la kan jadi cikgu PJ klu dah wakil Malaysia dalam hoki dulu, skali ngan Minarwan lagi tu bro bangga siot!!! Ni masa tengah berbuka puasa kat Cherry Corner dulu hehehe u_u

Ni plak cikgu add maths aku, Miss Marsuria. Walaupun kepala aku ni block x nak msuk gak ape yang die ajar, die tetap ajar gak aku nie sampai tepu otak aku ni dulu. Agak tegas n sporting giler r!!


Ha, yang pakai tudung merah yang cantik manis ni plak cikgu maths aku dulu, Cikgu Zurinda. Budak2 kelas aku memang suke bergurau dengn die, tu yang senang masuk blajr dengan die tu hehehe.. dapt la gak 100% A kelas kitorng masa exam kan..

Yang pakai topi befday ni plak cikgu biologi aku, Cikgu Fauzi merangkap guru hoomroom Lively. Die ni la dulu yang tolong kelas aku dulu wt assignment utk subject Bio dulu. Nasib baik die ada, klu x mau x leps la subjek Bio aku tu dulu hehehe..

Yang pakai baju putih ni plak Cikgu Dollah, guru BM aku masa form 5. Memang baik giler r siap belanja kelas aku 512 dulu gi makan bufet untuk berbuka puasa tu!!!! Die ajar BM pun memang best smpai kelas kitorng dpt la jugak kan no 2 bahas antara kelas hehehe. Ok pe dapt no 2 kan, dpt perbahas terbaik sekali..Untuk Cikgu Dollah, aku bagi special petikan puisi dari Usman Awang huhuhu...

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa


Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis dan baca.



Miss Chan Kum Lean, itu la nama guru BI kelas ak dulu. selalu surh aku buat essay nak bagi aku biasa sikit flow BI la katakan. Die la yang letak aku dalam kem English dulu nak bagi improve BI aku (walaupun aku malas nak pegi kn =p)..tapi alhamdulillah dpt jugak la aku A1 untuk SPM kan dengan bantuan die..THANK YOU MISS!!!

T - Tolerate
E - Extravaganza
A - Ambitious
C - Cheerful
H - Heartiest
E - Exceptional
R - Responsible

You are a true teacher! Happy Teacher's Day!"



Last but not least, Cikgu Abrar, cikgu BM aku gak tapi masa form 4 la. Ketua Jabatn Bahasa kt maktab aku nie. Orangnya baik n bleh bergurau gak r tapi biasa la kan biar berpada2 la hahaha. Dan last skali untuk cikgu2 yang aku xde gambar diorng skrg, aku nak minta maaf byk2 dari hujung kuku kaki sampai hujung uban untuk segala ilmu yang cikgu2 bagi walaupun ianya setitik dari selautan ilmu di dunia.

SELAMAT HARI GURU juga kepada:
  • Cikgu Azlin
  • Pn Nor Bita
  • Cikgu Wan Rohani
  • Cikgu Abdul Hamid Fizik
  • Cikgu Juliati
  • Cikgu Nasrin
  • Pn Rohani Ismail
  • Ustaz Naza
  • Ustaz Masyaal
  • Miss Farizuani
  • Ustaz Jafni
  • Cikgu Rizalman
  • Cikgu Yahya
  • Cikgu Anuar
  • Cikgu Noor Ghani