Lututku Tercabut Kakiku Longlai!!!

Author: Amierul WM // Category:
"Apa kelas pakai baju kurung, oi", itulah antara banyak-banyak ayat yang aku dengar semasa jalan-jalan di pasar malam di Masjid Jamek semalam. Memang betul, sekarang memang payah untuk melihat kaum Hawa tak kira tua muda yang memakai baju kurung semasa keluar. Agak bertuah pada pandangan aku jikalau dapat melihat walau dua tiga orang anak gadis yang memakai baju kurung semasa keluar berjalan-jalan.

Mungkin anak muda zaman sekarang terlalu mengikut arus kemodenan hingga terlupa tradisi bangsa sendiri. Lebih manis untuk melihat mereka yang berbaju kurung ini daripada mereka yang memakai tudung tapi singkat malah baju pula melekat nak bagi nampak segala-galanya .

Berbalik kepada tajuk diatas, aku memang letih giler sebab terpaksa ulang-alik ke KL Sentral selepas ke Low Yat dan balik semula untuk pergi ke pasar malam berdekatan dengan Masjid Jamek.

Seperti yang dirancang, aku berjaya menghantar laptop aku untuk dibaiki. Tetapi yang sedihnya aku terpaksalah menunggu mungkin sebulan lebih sebelum dapat kembali laptop tu. Tapi tak mengapa sebab aku dapat berjalan-jalan ke pasar malam pula di Masjid Jamek. Memang ramai betul orang kat situ. Sesak betul, nak jalan pun berhimpit. Tujuan aku ke sana sebab sesaja nak makan angin jerebu sambil cari senaskah majalah Dewan Siswa. Susah betul nak cari majalah ni. Kedai-kedai di kat tempat aku , Sunway Piramid, Times Square atau KL Sentral pun tak ada buku ini.

Jalan-jalan di Majid Jamek memang merupakan hobi aku sejak belajar di KL ni. Itu pun kalau berduit la nak pergi pergi. Sebab kat situ, kita dapat tengok pelbagai ragam manusia kat atas muka bumi ni. Alah macam iklam Astro tu; macam-macam ada. Kadang-kadang da la beli barang sikit-sikit. Dan untuk kali ni, aku cuba beli sehelai t-shirt, senaskah majalah dan beberapa batang pen.

Selain tu? Oh, aku juga sempat juga pergi ke Konsert Inspirasi TV3 bertempat di Dataran Merdeka malam tu. Memang ramai manusia kat situ. Rasa Dataran Merdeka tu macam tak cukup untuk menampung kebanjiran penonton yang datang. Dan seperti biasalah macam-macam jenis manusia ada kat situ.

Aku pergi ke konsert tu pun bukan sampai habis. Selepas tengok pembukaan oleh One Nation Emcees, Jamal Abdillah dan Buckface, aku pun terus baik. Terasa malas nak menonton sampai habis sebab aku dah letih sangat masa tu. Tambah lagi, bunyi speaker dia tu memang kuat gila. Nak pecah rasanya telinga aku ni. Itu pun aku duduk kat tengah. Kalau duduk kat depan lagi la, boleh pecah gegendang telinga aku. Tinggal telinga tu nak buat hiasan je la nanti.

1 Response to "Lututku Tercabut Kakiku Longlai!!!"

Unknown Says :
June 21, 2009 at 3:59 AM

tu la...bek ko duk ara jew.ada jugak hiburan kat surau at-taufiqiyah tu.jadi makin pandai tak klo berhibur kat sana lelame.hehe

Post a Comment