Lututku Tercabut Kakiku Longlai!!!
Author: Amierul WM // Category:
"Apa kelas pakai baju kurung, oi", itulah antara banyak-banyak ayat yang aku dengar semasa jalan-jalan di pasar malam di Masjid Jamek semalam. Memang betul, sekarang memang payah untuk melihat kaum Hawa tak kira tua muda yang memakai baju kurung semasa keluar. Agak bertuah pada pandangan aku jikalau dapat melihat walau dua tiga orang anak gadis yang memakai baju kurung semasa keluar berjalan-jalan.Mungkin anak muda zaman sekarang terlalu mengikut arus kemodenan hingga terlupa tradisi bangsa sendiri. Lebih manis untuk melihat mereka yang berbaju kurung ini daripada mereka yang memakai tudung tapi singkat malah baju pula melekat nak bagi nampak segala-galanya .
Berbalik kepada tajuk diatas, aku memang letih giler sebab terpaksa ulang-alik ke KL Sentral selepas ke Low Yat dan balik semula untuk pergi ke pasar malam berdekatan dengan Masjid Jamek.
Jalan-jalan di Majid Jamek memang merupakan hobi aku sejak belajar di KL ni. Itu pun kalau berduit la nak pergi pergi. Sebab kat situ, kita dapat tengok pelbagai ragam manusia kat atas muka bumi ni. Alah macam iklam Astro tu; macam-macam ada. Kadang-kadang da la beli barang sikit-sikit. Dan untuk kali ni, aku cuba beli sehelai t-shirt, senaskah majalah dan beberapa batang pen.
Selain tu? Oh, aku juga sempat juga pergi ke Konsert Inspirasi TV3 bertempat di Dataran Merdeka malam tu. Memang ramai manusia kat situ. Rasa Dataran Merdeka tu macam tak cukup untuk menampung kebanjiran penonton yang datang. Dan seperti biasalah macam-macam jenis manusia ada kat situ.

tu la...bek ko duk ara jew.ada jugak hiburan kat surau at-taufiqiyah tu.jadi makin pandai tak klo berhibur kat sana lelame.hehe