Sastera Popular VS Sastera Islam

Author: Amierul WM // Category:

Ayat-Ayat Cinta. Sebuah novel yang bukan sekadar novel cinta yang berlambak di pasaran. Bersih sepenuhnya daripada babak makhsyuk dan berahi yang memenuhi seluruh kisah novel2 yang lain. Tuntasnya, bukan novel cinta picisan. Penulis ternyata tidak mengangkat tema cinta hina manusia berlebih-lebihan. Keseluruhannya adalah naskhah yang memberi seribu nilai yang baik dalam nuansa Islamik yang menyentuh hati. Lantaran itu, tidak hairanlah berjaya menjadi buku yang terlaris.

Petikan Berita Harian oleh Nazmi Yaacob

POLEMIK sastera popular berjangkit dalam sastera Islam apabila novelis dan pengarang muda terutama berlatarbelakangkan pengajian Islam, apabila turut meminjam pendekatan popular untuk menghasilkan karya kreatif berunsurkan Islam dalam usaha menarik minat pembaca.

Percikan polemik pendekatan popular dalam sastera Islam yang sebelum ini lebih berlegar dalam dunia siber terutamanya laman blog, dibincangkan secara nyata pada Forum Sastera Popular Islami di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Meskipun forum sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 itu, tidak memberi kesimpulan tuntas terhadap kewajaran sastera Islam meminjam pendekatan popular, pandangan yang dilontarkan tiga panel generasi baru itu berjaya didasarkan kepada sejarah sastera Islam dan realiti semasa.

Hal ini dibantu oleh pemilihan panel yang tepat dan mewakili pengarang serta pengkritik yang terbabit secara langsung dalam sastera Islam sehingga menyebabkan forum anjuran Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) itu, tidak hilang arah dan tumpuan.

Forum itu tidak mengulangi ‘kesilapan’ Forum Kepengarangan Muslimah Nusantara: Arah dan Falsafah apabila tidak berupaya membicarakan dasar kepengarangan serta hala tuju pengarang dalam sastera Islam, tetapi forum sastera Islam popular masih berupaya mendapatkan ahli panel ‘berjenama’.

Pengarang muda kontroversi, Mohd Faizal Musa atau lebih dikenali sebagai Faisal Tehrani, mempersoalkan kewajaran dunia sastera tanah air meniru gaya dan persembahan sastera Islam bersifat popular di Indonesia ekoran latar belakang pembacaan dengan iklim, suasana dan budaya berbeza.

Penghasilan novel seperti Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman el-Shirazy memang berguna untuk menyaingi kebanjiran novel erotisme dan buku kumpulan Islam liberal di Indonesia. Sebaliknya Malaysia tidak berdepan dengan masalah ini dan peniruan gaya berkenaan menimbulkan tanda tanya,” katanya pada forum yang dipengerusikan Timbalan Setiausaha Pena, Shamsudin Othman.


Bagaimanapun, Faisal Tehrani masih mengakui, pengalaman dan pengetahuan dalam konteks sastera Islam antara dua negara terbabit masih boleh dimanfaatkan antara satu sama lain, meskipun iklim, suasana, budaya dan pengamalan Islam yang berbeza.

“Sastera Islam di negara ini bermula seawal zaman Tok Kenali pada dekad 1920-an apabila beliau banyak menghasilkan cerpen berunsur berkhutbah, tetapi kematiannya menyebabkan karya dalam bentuk itu turut lenyap. Gaya penulisan sastera Islam moden berkembang semula pada 1960-an melalui puisi Islam seperti Adi Rumi dan Dr Zulkifli Mohamad,” kata novelis Tunggu Teduh Dulu, Tuhan Manusia dan Saasatul Ibaad itu.

Faisal Tehrani melihat sastera Islam sehingga 1970-an muncul dalam bentuk terpencil dan terpisah-pisah sehinggalah konsep sastera Islam dikemukakan SN, Prof Emeritus Dr Shahnon Ahmad termasuk polemiknya dengan Dr Kassim Ahmad, manakala pengarang dan pemilik Pustaka Dian di Kelantan, Allahyarham Datuk Yusuf Zaki Yaacob pula, pernah membentangkan kertas kerja yang menjelaskan sastera Islam di Jakarta, Indonesia.

Pada forum terbabit, Faisal Tehrani turut menimbulkan persoalan kewajaran mengimport gaya popular itu ke negara ini, manakala Habiburrahman sendiri menganggap kecenderungan penulis baru di negaranya untuk tampil dengan gaya penceritaan hampir sama dan nama pena yang stereotaip, boleh membunuh bakat dan kreativiti mereka.

“Inilah penyakit umat apabila lebih gemar menjadi pengikut kerana novel seumpama itu. Maka, kita dapat melihat berbondong-bondong puluhan judul novel di rak kedai buku, tetapi bentuk dan gaya penulisannya lebih kurang sama, seolah-olah tidak terdorong menjadi pencetus kepada sesuatu yang lebih baru,” katanya yang terkenal dengan novel Di Atas Sajadah Cinta, Ketika Cinta Berbuah Surga, Pudarnya Pesona Cleopatra, Ketika Cinta Bertasbih 1, Ketika Cinta Bertasbih 2 dan Dalam Mihrab Cinta.

Habiburrahman turut menegaskan beliau tidak pernah mengambil kira pendekatannya bersifat popular atau tidak, sebaliknya lebih mengutamakan cara untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat, tanpa mengharapkan perakuan terhadap karyanya.

Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM), Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata sastera Islam menampilkan perbezaan ketara daripada karya Barat apabila menawarkan watak manusia yang agung dan bersifat adi luhur.

“Karya Barat mendedahkan keburukan sebagai nilai dan pengaruh besar, selain menelanjangkan watak sehingga mempesonakan pembaca, tetapi dengan citra buruk. Wataknya malang, sakit dan hina, sedangkan sebagai umat Islam, kita memerlukan watak baik dan agung, sekali gus melihat sisi kecantikan pada manusia,” katanya.

Apa Ada Di Dalam Kaabah?

Author: Amierul WM // Category:

Kalau fikir balik, nak masuk ke dalam Kaabah entah bile entah baru dapat. Nak pergi haji pun separuh abad baru bleh pergi kan. Pemimpin2 Islam pernah masuk ke dalam Kaabah masa persidangan negara2 Islam dulu. Ape yang terdapat di dalam Kaabah menjadi suatu yang misteri kerana bukan semua berpeluang untuk masuk ke dalamnya.

Zaman Nabi Muhammad s.a.w., di dalam Kaabah ada terdapat enam tiang yang dibina oleh Kaum Quraisy, tiang itu diguna untuk menyokong bumbungnya. Dua tiang sebelah kiri, satu tiang di sebelah kanan dan tiga tiang di sebelah belakang. Tiang-tiang itu adalah tiang kayu.

Selepas pembinaan yang dilakukan Sultan Murad, cuma terdapat tiga batang tiang kayu. Tiang-tiang itu terletak di bahagian tengah Kaabah, setiap satu batang bergaris pusat lebih kurang 1.5 meter. Berwarna merah kekuningan. Satu daripada tiang itu berbentuk bulat dan dua lagi berbentuk empat persegi.

Sekitar tahun 1304 Hijrah (tahun 1884) tiang-tiang dalam Kaabah itu menjadi reput, dalam tahun 1314 Hijrah (tahun 1894) ia telah diperkuatkan dengan dibuat lengkungan kayu seperti bola di bahagian bawah setiap tiang itu yang terletak lebih kurang 1.5 meter dari lantai Kaabah. Antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di antara satu sama lain ialah 2.35 meter.




Terdapat sebuah tangga kayu yang dibina di dalam Kaabah untuk menuju ke bumbung Kaabah. Di tangga itu telah dipasang dengan tirai kain sutera hitam yang dihiasi emas dan perak. Lantai dalam Kaabah dipasang marmah putih dan marmar merah. Dinding Kaabah juga dipasang marmar berwarna dan dihiasi dengan tulisan khat.

Dalam Kaabah juga terdapat tirai sutera merah putih yang tertulis kalimah syahadah. Terdapat banyak lagi perkataan yang ditulis, tirai itu digunakan untuk menutup bahagian dalam bumbung Kaabah dan empat penjuru bahagian dalam dinding Kaabah.

Oleh kerana tirai itu dibuat semasa pemerintahan Sultan Abdul Aziz Khan iaitu dalam tahun 1209 H (tahun 1789) maka dalam usia yang terlalu lama itu, warnanya menjadi seperti hijau dan kelabu.

Ada pelbagai jenis lampu berwarna-warni yang diletakkan di antara tiga tiang Kaabah. Lampu-lampu itu adalah hadiah-hadiah yang diberikan orang untuk Kaabah semenjak berkurun-kurun lagi. Terdapat sepasang kayu papan yang diletakkan pada dinding Kaabah, kayu itu berasal dari bahtera Nabi Noh. Terdapat sekeping marmar merah empat segi di sebelah sudut utara dalam Kaabah.

Antara barangan lain yang terdapat dalam Kaabah ialah barang tinggalan sejarah yang diletakkan di penjuru Iraqi, antara barangan itu termasuklah sepasang subang dipercayai kepunyaan Siti Maryam dan satu tanduk kibas.



Menurut kata Dr Muzammil Siddiqi [1] yang berpeluang masuk ke dalam Kaabah pada tahun 1998; Di dalam Kaabah ada: 3 tiang, antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di antara satu sama lain ialah 2.35 meter. Terdapat sebuah meja di tepi untuk letak benda seperti minyak wangi; ada 2 lampu seperti pelita tergantung dari siling; ruangnya boleh memuatkan lebih kurang 50 orang, tiada lampu elektrik iaitu tidak ada system pencahayaan elektrik, dinding dan lantainya daripada marmar kecuali ada sebuah bahagian yang dinamai “Rukhamat Humra”, tiada tingkap, satu pintu, dinding sebelah atas diliputi kain yang ada kalimah di atasnya. Bahagian atas dinding ditutup dengan kain warna hijau dihiasi dengan tulisan ayat al-Quran dengan tinta emas.

Perigi Harta Dalam Kaabah

Mengikut kajian dari Muhammad al-Azraqi, ada terdapat sebuah perigi tersangat dalam di dalam Kaabah yang digali oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. Perigi itu terletak di sebelah kanan Kaabah. Di dalam perigi itu telah dimasukkan emas, perak dan permata yang dihadiahkan orang kepada Kaabah dalam jumlah yang agak banyak. Perigi tersebut kini berada di bawah lantai marmar bahagian dalam Kaabah.

Ibu..Bonda..Ma..Ummi..Emak..Mama..

Author: Amierul WM // Category:
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, "Datang seseorang menemui Rasullullah SAW. Dia bertanya, " Wahai Rasullullah, siapakah orang yang paling layak untuk aku bergaul baik kepadanya? "Baginda SAW menjawab, "Ibumu." "Kemudian siapa?" "Ibumu." Kemudian setelahnya siapa?" "Ibumu." Untuk kali yang berikutnya orang itu kembali bertanya, "Lalu siapa?" "Ayahmu," jawab Baginda SAW.


Tengok balik hadis Baginda SAW ni menunjukkan betapa tinggi dan mulianya golongan ibu ini dalam agama Islam. Boleh dikatakan pergaulan dengan ibu itu tersangat dititikberatkn ibrat 3x lebih dituntut jika nak dibndingkn dengan bapa. Kalau nak kire balik jasa ibu ni, memang tak terkira sbb dia sudah menjaga kita sejak roh ditiupkan ke dalam daging smpailah sekrg.

Sengaja aku lambat menulis tentang hari ibu ni. Kenapa? Sebab hari ibu ni buknlah satu hari sahaja yang kita patut ingat pasal semua jasa dan pengorbanan beliau bahkan setiap hari dalam hidup kita ni, kita tetap ingat susah payah ibu tu nak besarkn kita.



Tapi kalau kita nak tengok balik budak2 sekrg ni, memang rasa tension jugk la. Kes buang2 anak ni sudah macam perkara biasa dalam hidup ni tambah2 remaja2 Melayu kat luar sana. Bukan saja buang kat tong sampah, tandas, masjid dan longkang malah ada yang sanggup pukul pijak sampai mati anak yang baru lahir tu baru buang dalam tong sampah. Masya-allah..apa sudah jadi dengan anak2 zaman skrg ni.



Kalau sudah pandai nak bercouple, dating, zina takkan Tuhan sudah bagi anugerah pun xnk terima. main buang je ikut suka hati, tu memang tak leh r nak cakap lagi. Lebih teruk giler dari binatang tu. Binatang tu bagi minum makan bagi besar dulu kalau nak tinggal pun. Ni la sebab Islam ni xnak bagi pergaulan bebas sangt. Tak salah kalau nak kawn dengan sape2 pun tapi batas tu kene la ada skit.


Walau setan mana pun budak2 zaman sekarang ni, aku memang bersyukur giler aku ni lahir kat kampung dan xde la terdedah sangt dengan gelombang sosial macam kat bandar skrg. Tambh lagi ak dibesarkan oleh ma aku yang bagi aku memang xtau la nak cakap bai dia mcm mana. Tetap jugak melayan kerenah aku yang tak betul ni. Terima kasih untuk segala yang ma dah buat untuk along selama along lahir kat muka bumi ni, segala pengorbanan, titik peluh, susah payah, doa dan air mata untuk along along xkan lupakan sampai bile2. SELAMAT HARI IBU, MA!!!

Selamat Hari Guru, Cikgu !!!

Author: Amierul WM // Category:
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetapkan kami tunaikan..


Pantang 16 Mei je mesti cikgu dengan budak2 skali nyanyi lagu ni kan..hehehe. Biasa la tu nama pun Hari Guru mesti r special untuk cikgu kan. ingat balik dulu study kat MRSM rasa macm kejp je blaja, mcm x cukup la plak walau dah belajar dari tahun 1 smpi le tingkatan 5 dlu. Ada la skit gambar nak kongsi pasal cikgu2 aku kat MRSM Taiping dulu. Rinda giler r dengan diorang!!!!


Ni la gambar ngan cikgu hoomroom aku kat Mrsm Taiping dulu, hoomroom Loyal yang best!! Cikgu Idi namanya yang pakai kopiah tu. 0k la kan jadi cikgu PJ klu dah wakil Malaysia dalam hoki dulu, skali ngan Minarwan lagi tu bro bangga siot!!! Ni masa tengah berbuka puasa kat Cherry Corner dulu hehehe u_u

Ni plak cikgu add maths aku, Miss Marsuria. Walaupun kepala aku ni block x nak msuk gak ape yang die ajar, die tetap ajar gak aku nie sampai tepu otak aku ni dulu. Agak tegas n sporting giler r!!


Ha, yang pakai tudung merah yang cantik manis ni plak cikgu maths aku dulu, Cikgu Zurinda. Budak2 kelas aku memang suke bergurau dengn die, tu yang senang masuk blajr dengan die tu hehehe.. dapt la gak 100% A kelas kitorng masa exam kan..

Yang pakai topi befday ni plak cikgu biologi aku, Cikgu Fauzi merangkap guru hoomroom Lively. Die ni la dulu yang tolong kelas aku dulu wt assignment utk subject Bio dulu. Nasib baik die ada, klu x mau x leps la subjek Bio aku tu dulu hehehe..

Yang pakai baju putih ni plak Cikgu Dollah, guru BM aku masa form 5. Memang baik giler r siap belanja kelas aku 512 dulu gi makan bufet untuk berbuka puasa tu!!!! Die ajar BM pun memang best smpai kelas kitorng dpt la jugak kan no 2 bahas antara kelas hehehe. Ok pe dapt no 2 kan, dpt perbahas terbaik sekali..Untuk Cikgu Dollah, aku bagi special petikan puisi dari Usman Awang huhuhu...

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa


Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis dan baca.



Miss Chan Kum Lean, itu la nama guru BI kelas ak dulu. selalu surh aku buat essay nak bagi aku biasa sikit flow BI la katakan. Die la yang letak aku dalam kem English dulu nak bagi improve BI aku (walaupun aku malas nak pegi kn =p)..tapi alhamdulillah dpt jugak la aku A1 untuk SPM kan dengan bantuan die..THANK YOU MISS!!!

T - Tolerate
E - Extravaganza
A - Ambitious
C - Cheerful
H - Heartiest
E - Exceptional
R - Responsible

You are a true teacher! Happy Teacher's Day!"



Last but not least, Cikgu Abrar, cikgu BM aku gak tapi masa form 4 la. Ketua Jabatn Bahasa kt maktab aku nie. Orangnya baik n bleh bergurau gak r tapi biasa la kan biar berpada2 la hahaha. Dan last skali untuk cikgu2 yang aku xde gambar diorng skrg, aku nak minta maaf byk2 dari hujung kuku kaki sampai hujung uban untuk segala ilmu yang cikgu2 bagi walaupun ianya setitik dari selautan ilmu di dunia.

SELAMAT HARI GURU juga kepada:
  • Cikgu Azlin
  • Pn Nor Bita
  • Cikgu Wan Rohani
  • Cikgu Abdul Hamid Fizik
  • Cikgu Juliati
  • Cikgu Nasrin
  • Pn Rohani Ismail
  • Ustaz Naza
  • Ustaz Masyaal
  • Miss Farizuani
  • Ustaz Jafni
  • Cikgu Rizalman
  • Cikgu Yahya
  • Cikgu Anuar
  • Cikgu Noor Ghani

Penulis Yang Aku Respect #1

Author: Amierul WM // Category:

Tengok balik buku ni kat pameran buku ke kedai buku ke memang bawk balik kenangan dlu r. First time aku nampak buku nie masa aku lepak2 kat bilik kawan aku kat hostel dulu, nampak macam best gak nak baca nie.. aku belek-belek la skit buku ni masa tu. Banyak jugak la part2 perang dlm buku nie.. masa tu buku ni kawan ak baca, Syamsul namanya. Aku tanya la kan buku nie dpt kat mane? Die cakp pinjam kan ngan budak kelas die.. Nmpak macm best je aku cakp la nak pinjm nanti leps die abis baca..

Entah datang dari mne plak, tibe2 ustaz aku merangkap warden kat hostel aku tu buat 'segmen terjah" ala2 Melodi kat tv3 tu la. Namanya Ustaz Jafni, ustaz baru la kat maktab aku dulu.. Lepasan Syariah dari Jordan tu. Die tanya la tengh wat pe kan. jawab la kitorang tengah sembang2 skit2 hehehe.. Masa tu die nmpk la buku ni kan. Die kata penulis buku ni memang 0k la banding dengan penulis lain kan. Die ada cakp penulis lepasan syariah juga sama macm die huhu..mse tu x le ambik kisah sangt r, dengar gitu2 je la.



Macam mne entah lepas aku baca buku ni, rasa macam nak baca pulak lagi pun ada kan.. Aku tengok la skali lagi kan. Masa balik cuti sem lepas tu, aku gi la lepak umag pak cik aku kat Kota Bharu tu semalam dua. Aku gi la kedai buku Muda Osman kejap sebelum naik bas nak balik ke umah aku sebab bas tu gerak pkul 1, jadi aku lepak r kedai buku dulu (ada econ la apa lagi akn hehehe). kat situ la aku jumpe byk lagi buku2 die ni.

tuk tak tuk tak.. aku dah jadi peminat buku die ni la. Novel dan cerpen die ni xde la jiwang2 xtak bertempat cam novel2 lain, kire penuh ngn benda2 yang kita x pernah dengar pun macam lagu2 dulu boleh buat nam sembuhkan penyakit masa zaman Othmaniyyah dan pakai buju pun ada die punya falsafahnya bukan main pakai saja. Nak kata banyak x juga tapi ada la skit2 buku yang aku beli masa aku gi lepak2 kat kedai2 buku ngan pameran buku kan. Insya-Allah klu ade masa aku tulis lagi pasal Faisal Tehrani ni dan tunjuk la buku2 tu semua ek.

Praktikal dengan Fokker F27

Author: Amierul WM // Category:
minggu ni aku wat praktikal ngn aircraft. Memang r bende tu
dah buruk kan tapi drpd x bleh sentuh kpl trbg langsung tu
pun kire dah 0k la kan..

minggu ni bru buat skit2 utk taxi lamp dengan seat die.
tu pun jenuh btul nak pasang seat die..punye la
tendang sepak terajang (patut xleh wat r) xleh gak lekat kat
pemegang die tu..



rupe2 nye, skru kat pemegang die tu x rapat dengan lantai,
tu yg die x nak gerak tu. Ape lg letak balik r krusi tu kat
luar sebb dah xleh nk wat pe kn..

Hj. zainal, trainer kitorg tu bleh tahan gak die punye lecture..
agk letih gak la nk dengar die bgi 'ceramah free' dengan
tengah brdiri senang diri nie.. tp pe2 pun dei tu lgi masin dr
kitorg (byk mkn garam kn) kne la tahan skit kn hahahaha u_u

Jenayah budak 20A SPM

Author: Amierul WM // Category:
aku malas betul nak layan budak2 zaman skrg nie.
hari2 keje nak dating, lepak, x pun shuffle je la.
kalau hidup tu cam dapat result gempak 0k la jugak.
ni tidak, perangai dah la hancur exam plak berlambak-lambak
lag la hancur nye.

lain la kalau hidup tu dapat cam budak yang dapat 20A SPM tahun nie kan
mcm Nik Nur Madihah tu 19 A1 dan 1 A2(20A) dan sekaligus menjadi pelajar cemerlang dalam SPM di Kelantan tahun 2008. Bukan SPM je, UPSR 5A pastu plak PMR 9A..
aku tau r aku dapat brape je dulu tapi x le x betul sngt cam budak skg nie...



Nik Nur Madihah, 18, pelajaar Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan turut mencipta rekod sebagai pelajar terbaik Maahad Muhammadi (Perempuan), apabila mendapat A1 bagi Bahasa Melayu; Bahasa Inggeris; Pendidikan Islam; Sejarah, Matematik; Sains; Kesusasteraan Melayu; Geografi; Bahasa Arab Tinggi; Matematik Tambahan; Perdagangan; Prinsip Perakaunan; Ekonomi Asas; Fizik; Kimia dan Tasawwur Islam.

Beliau turut mendapat A1 dalam Pendidikan al-Quran dan As-Sunnah; Pendidikan Syariah Islamiah dan English for Science dan Technology. Satu-satunya mata pelajaran yang beliau mendapat A2 ialah Biologi.




Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, menerima tiga tawaran biasiswa bagi membolehkannya melanjutkan pengajian dalam bidang Fizik di Asia Barat dan A Level di United Kingdom.

Malah, kesempitan hidup keluarganya yang terpaksa tinggal di rumah serba daif mendapat perhatian Kerajaan Negeri Kelantan yang bersetuju memberikan sebuah rumah bernilai RM130,000 untuk diduduki mereka sekeluarga.

Tawaran biasiswa daripada Petronas, Bank Negara dan Mara itu hadir tepat pada masanya ketika bapa pelajar berkenaan, Nik Mohd Kamal Husin, 41,seorg nelayan di Pantai Sabak buntu memikirkan masa depan anaknya untuk melanjutkan pelajaran kerana kesempitan hidup.

Mara bukan saja sedia menawarkan biasiswa, malah menawarkan tempat kepada Nik Nur Madihah melanjutkan pengajian peringkat A Level di mana-mana kolej atau universiti ternama di United Kingdom. tapi pilih punye pilih akhirnya dia pilih nak gi stdy fizik kt Asia Barat kt Jordan.

kalau kita tengok balik rumah dia terletak di Kampung Parang
Punting, Pengkalan Chepa, Kelantan Darul Naim. Apakah ianya boleh digelar
rumah ataupun reban? Keluarga Nik Nur Madihah ini tinggal di rumah usang yang hanya mempunyai dua bilik yang disewa di Kampung Parang Puting, dekat Pengkalan Chepa sejak 14 tahun lalu. Malah, Nik Mohd Kamal sudah setahun tidak membayar sewa rumah kerana kesempitan hidup.




Gambar di sebelah kanan ialah Siti Fatimah Mukhtar. Penyandang rekod 17
A1 dan 1 A2 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu. Gambar di
sebelah kiri pula ialah Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal. Pelajar yang
berjaya memecahkan rekod yang di buat oleh Siti Fatimah Mukhtar dengan
keputusan 19 A1 dan 1 A2



Jika tahun yang lepas Siti Fatimah Mukhtar tidak diiktiraf Kementerian
Pelajaran Malaysia sebagai Pelajar Terbaik SPM 2006. Kementerian Pelajaran
Malaysia tidak mahu mengakui bahawa Siti Fatimah telah memecahkan rekod Nur
Amalina yang dibuat pada SPM tahun 2004. Nur Amalina hanya mendapat 17 1A
sahaja, tetapi telah dijulang melambung dengan pelbagai anugerah termasuk
Tokoh Maal Hijrah.

Siti Fatimah Mukhtar TIDAK di iktiraf sebagai Pelajar Terbaik SPM 2006
kerana didapati dia adalah seorang ’penjenayah’. Antara ’jenayah-jenayah’
yang dilakukan oleh Siti Fatimah ialah:
1.) Pelajar Sekolah Agama Yayasan Islam Kelantan.
2.) Anak ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS).
3.) Bukan ahli Puteri UMNO Baru.
Tahun nie macam mana pula yer?