Jenayah budak 20A SPM

Author: Amierul WM // Category:
aku malas betul nak layan budak2 zaman skrg nie.
hari2 keje nak dating, lepak, x pun shuffle je la.
kalau hidup tu cam dapat result gempak 0k la jugak.
ni tidak, perangai dah la hancur exam plak berlambak-lambak
lag la hancur nye.

lain la kalau hidup tu dapat cam budak yang dapat 20A SPM tahun nie kan
mcm Nik Nur Madihah tu 19 A1 dan 1 A2(20A) dan sekaligus menjadi pelajar cemerlang dalam SPM di Kelantan tahun 2008. Bukan SPM je, UPSR 5A pastu plak PMR 9A..
aku tau r aku dapat brape je dulu tapi x le x betul sngt cam budak skg nie...



Nik Nur Madihah, 18, pelajaar Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan turut mencipta rekod sebagai pelajar terbaik Maahad Muhammadi (Perempuan), apabila mendapat A1 bagi Bahasa Melayu; Bahasa Inggeris; Pendidikan Islam; Sejarah, Matematik; Sains; Kesusasteraan Melayu; Geografi; Bahasa Arab Tinggi; Matematik Tambahan; Perdagangan; Prinsip Perakaunan; Ekonomi Asas; Fizik; Kimia dan Tasawwur Islam.

Beliau turut mendapat A1 dalam Pendidikan al-Quran dan As-Sunnah; Pendidikan Syariah Islamiah dan English for Science dan Technology. Satu-satunya mata pelajaran yang beliau mendapat A2 ialah Biologi.




Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, menerima tiga tawaran biasiswa bagi membolehkannya melanjutkan pengajian dalam bidang Fizik di Asia Barat dan A Level di United Kingdom.

Malah, kesempitan hidup keluarganya yang terpaksa tinggal di rumah serba daif mendapat perhatian Kerajaan Negeri Kelantan yang bersetuju memberikan sebuah rumah bernilai RM130,000 untuk diduduki mereka sekeluarga.

Tawaran biasiswa daripada Petronas, Bank Negara dan Mara itu hadir tepat pada masanya ketika bapa pelajar berkenaan, Nik Mohd Kamal Husin, 41,seorg nelayan di Pantai Sabak buntu memikirkan masa depan anaknya untuk melanjutkan pelajaran kerana kesempitan hidup.

Mara bukan saja sedia menawarkan biasiswa, malah menawarkan tempat kepada Nik Nur Madihah melanjutkan pengajian peringkat A Level di mana-mana kolej atau universiti ternama di United Kingdom. tapi pilih punye pilih akhirnya dia pilih nak gi stdy fizik kt Asia Barat kt Jordan.

kalau kita tengok balik rumah dia terletak di Kampung Parang
Punting, Pengkalan Chepa, Kelantan Darul Naim. Apakah ianya boleh digelar
rumah ataupun reban? Keluarga Nik Nur Madihah ini tinggal di rumah usang yang hanya mempunyai dua bilik yang disewa di Kampung Parang Puting, dekat Pengkalan Chepa sejak 14 tahun lalu. Malah, Nik Mohd Kamal sudah setahun tidak membayar sewa rumah kerana kesempitan hidup.




Gambar di sebelah kanan ialah Siti Fatimah Mukhtar. Penyandang rekod 17
A1 dan 1 A2 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu. Gambar di
sebelah kiri pula ialah Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal. Pelajar yang
berjaya memecahkan rekod yang di buat oleh Siti Fatimah Mukhtar dengan
keputusan 19 A1 dan 1 A2



Jika tahun yang lepas Siti Fatimah Mukhtar tidak diiktiraf Kementerian
Pelajaran Malaysia sebagai Pelajar Terbaik SPM 2006. Kementerian Pelajaran
Malaysia tidak mahu mengakui bahawa Siti Fatimah telah memecahkan rekod Nur
Amalina yang dibuat pada SPM tahun 2004. Nur Amalina hanya mendapat 17 1A
sahaja, tetapi telah dijulang melambung dengan pelbagai anugerah termasuk
Tokoh Maal Hijrah.

Siti Fatimah Mukhtar TIDAK di iktiraf sebagai Pelajar Terbaik SPM 2006
kerana didapati dia adalah seorang ’penjenayah’. Antara ’jenayah-jenayah’
yang dilakukan oleh Siti Fatimah ialah:
1.) Pelajar Sekolah Agama Yayasan Islam Kelantan.
2.) Anak ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS).
3.) Bukan ahli Puteri UMNO Baru.
Tahun nie macam mana pula yer?

1 Response to "Jenayah budak 20A SPM"

syahid Says :
May 14, 2009 at 8:44 AM

mat,kontroversi la siot topik ni...

Post a Comment