Penulis Yang Aku Respect #2

Author: Amierul WM // Category:
Kalau dahulu aku mengutarakan perihal penulis kontroversi Malaysia, Faisal Tehrani, Sekarang aku ingin menceritakan tentang seorang lagi penulis yang aku sanjung dalam setiap karya yang dihasilkannya. Siapa yang tidak kenal dengan Habiburrahman El-Shirazy, penulis novel Ayat-Ayat Cinta yang membawa fenomena yang cukup menakjubkan tidak hanya di Indonesia malahan di Malaysia dan beberapa negara lain.

Habiburrahman El-Shirazy

Malah novel Ayat-Ayat Cinta dan dwilogi Ketika Cinta Bertasbih turut diangkat ke layar perak kerana kejayaan fenomena yang dibawanya. Penulis yang dilahirkan pada 30 September 1976 ini juga merupakan graduan jurusan Hadis Universiti Al-Azhar.  Lebih dikenali sebagai Kang Abik, beliau banyak melahirkan karya-karya yang cukup mesra untuk dibaca oleh segenap lapisan masyarakat.

Antara karya-karyanya adalah Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2, Di Atas Sejadah Cinta, Pudarnya Pesona Cleopatra, dan Dalam Mihrab Cinta. Difahamkan sekarang beliau tengah mengusahakan beberapa karya lain iaitu Langit Makkah Berwarna Merah, Bidadari Bermata Bening dan Bulan Madu di Yerussalam.


Bersama isteri, Muyasaratun Sa'idah dan anak-anak, Muhammad Ziaul Kautsar dan Muhammad Neil Author.

Kali pertama aku mendengar tentang buku Ayat-Ayat Cinta tu, rasa segan pula nak belikan. Bukannya apa, cuma risau dikata orang "apa la ko ni jiwang karat la". Tapi aku buat pekak telinga saja. Malas aku nak layan mereka semua. Dan hasilnya tidak rugi untuk aku membacanya dahulu. 

Banyak manfaat juga yang aku perolehi daripada buku-buku yang ditulis oleh beliau. Ya lah kalau nak ilmu itu, tidak hanya di surau atau di kelas, membaca pun dapat ilmunya. Kerana kalau direnungkan kembali kepada lima ayat yang mula-mula diturunkan atas muka bumi ini pun menuntut manusia untuk membaca. Bukankah begitu?

0 Responses to "Penulis Yang Aku Respect #2"

Post a Comment