Abi..Ayah..Abah..Abuya..Papa

Author: Amierul WM // Category:
Malaysia: Beberapa hari ini, kebanyakan telefon milik lelaki berbunyi-bunyi menandakan mesej atau panggilan sudah masuk. Banyak kaum Adam terutamanya kaum ayah yang hampir menangis kegembiraan menerima mesej dan panggilan daripada anak-anak mereka itu. Anda bila lagi hendak megucapkan Selamat Hari Bapa untuk ayah anda yang tersayang?

Itulah antara petikan buletin yang dipaparkan di otak aku sempena sambutan Hari Bapa baru-baru ini. Kalau nak difikirkan balik, memang aku ni tak la baik sangat dengan abah aku. Ye la, aku ni kira lebih rapat dengan ma aku sebab masa kecil-kecil dulu abah aku tu memang tegas+garang jugak orangnya.

Tapi makin aku besar ni, kira makin sporting jugak la. Dulu masa aku study, aku tak la pakai seluar jean ni. Lepas study kat KL ni baru aku boleh kata ciberi kebebasan nak pakai jean. Bapak aku dah join aku sekali pakai jean masa aku balik kampung semasa cuti Sem dulu.

Tapi tak kira la garang ke, sporting ke, lucu ke, tak bertanggungjawab ke.. bak kata ayat-ayat mak dalam filem Melayu," Tak kira jahat mana pun dia tu, dia tetap ayah kamu, nak". Kita sebagai anak ni kena hormat kepada ayah kita ni. Kalau nak kira berapa banyak titik peluh yang dia keluarkan untuk cari makan minum, tempat tinggal, pakaian dll, memang tersangat tak terkira banyaknya wang yang telah dihabiskan. Itu pun hanya untuk kita tak termasuk adik beradik yang lain lagi tu.

Aku pun nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada abah aku, Wan Mustaffa bin Hamzah; peneroka Felda Chiku 7 Generasi Pertama yang lahir pada 2 Oktober 1960, ayah kepada 3 orang anak untuk segala yang dia pernah buat untuk aku sejak aku tak boleh berjalan sampai dah ada misai sekarang.

0 Responses to "Abi..Ayah..Abah..Abuya..Papa"

Post a Comment