Memang Episod Yang Menarik

Author: Amierul WM // Category:
" Kahwin Dulu", itulah tajuk rancangan Halaqah yang sempat aku tonton semalam. Dengan panel jemputannya, Ustaz Farid Ravi dan Ustaz Badli Shah Alauddin, menjadinya sebuah episod Halaqah yang amat mengujakan untuk ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Muqaddimah yang diberikan oleh Ustaz Farid sahaja sudah cukup untuk membuatkan penonton berasa teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana Islam itu membicarakan cinta dan kasih sayang dalam pelbagai konteks dan paradigma dengan cukup indah sekali. Episod kali ini lebih menfokuskan kepada golongan remaja yang dapat kita lihat sekarang sering terjerumus ke dalam cinta monyet yang sia-sia.

Aku amat tertarik dengan ucapan Ustaz Badli Shah yang mengatakan untuk seorang lelaki itu menjadi suami yang baik dan menjamin kebahagiaan ramahtangga, mereka perlu mempunyai sekurang-kurangnya tiga kunci. Apakah kunci-kunci tersebut? Kunci-kuncinya adalah seperti berikut:


  1. Kunci rumah - tak beli pun sewa, jangan la duduk pun bawah jambatan pula
  2. Kunci kereta - takpun motor pun jadi la, jangan basikal pun kena hutang juga
  3. Kunci pejabat/ kunci laci pejabat - jangan la tak bekerja langsung, takkan nak kahwin pun nak mintak diskaun oii
Jadi, kepada rakan-rakan di luar sana tu fikir-fkirkanlah. Kalau sudah benar-benar ikhlas, carilah cinta dan sayang itu dengan cara yang halal dan diredhai. Sesungguhnya setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati dan ubat kepada cinta itu adalah dengan ikatan perkahwinan yang ikhlas, penuh mawaddah dan rahmat.

Kerana hadis Nabi pun menceritakan bahawa seburuk kamu ialah yang berterus-terusan hidup membujang dan seburuk-buruk orang yang mati adalah orang yang mati dalam keadaan dia masih lagi bujang. Berusahalah untuk berkahwin. Cinta sebelum kahwin itu biarlah sederhana sahaja dan jangan sampai melanggar batas-batas agama. Anda juga boleh menonton episod penuh rancangan ini di www.tv9.com.my.

0 Responses to "Memang Episod Yang Menarik"

Post a Comment