Raja Pop Meninggal Dunia

Author: Amierul WM // Category:
Sedang Iran masih bergelut dengan masalah dalamannya selepas pilihanraya presiden awal bulan ini, kini dada akhbar, muka televisyen dan corong radio sibuk dengan berita kematian Michael Jackson atau Mikaeel (nama Islamnya) pada 25 Jun lalu. Sudah pasti kita dapat lihat peminatnya meraung-raung dan menangis sambil berhimpun menyanyikan lagu raja pop tersebut.

Mayat Michael Jackson dibawa turun dari helikopter untuk dihantar ke pejabat koroner di Los Angeles untuk bedah siasat oleh video yang dirakam stesen televisyen KNBC4

Macam-macam dakwaan yang diterima tentang punca kematian penyanyi yang terkenal dengan lagu Thriller, Beat It dan Billie Jean itu. Ada yang mendakwa dia meninggal akibat serangan jantung. Ada jyga yang mengaitkannya dengan terlebih mengambil pelbagai ubat penahan sakit termasuk demorol dan vicodin selama beberapa bulan untuk kekal cergas apabila beraksi pada konsert This Is It pada bulan depan. Pengambilan ubat itu disebabkan kecederaan tulang belakang serta keretakan kaki yang dialaminya akibat terjatuh dari pentas dulu.

Saya bukanlah peminat Michael Jackson. Memang tiada langsung memori tentang dia dalam kepala saya. Saya juga tertanya-tanya pada diri saya patutkah saya membacakan Al-Fatihah untuknya? Berita dia memeluk Islam turut menimbulkan rasa skeptif pelbagai pihak.

Foto Michael Jackson menyarung abaya (pakaian tradisi wanita negara Teluk) di Manama, Bahrain.

Majlis dimana Michael dilaporkan telah mengucap dua kalimah syahadah
dan menukar namanya kepada Mikaeel diadakan di rumah rakannya, pemain keyboard Toto dan komposer album Thriller Steve Porcaro di Hollywood Hill, Los Angeles pada tahun 2007. Komposer dari Kanada, David Warnsby (Daud Warnsby Ali), produser album Phillip Bubbal (Idris Phillips) dan penyanyi Cat Stevens (Yusuf Islam).

Selain itu, hatiku juga turut senang kerana saluran berita CNN dan BBC turut disibukkan oleh berita Mikaeel ini. Tiada lagi berita palsu dari Tehran menjengah masuk mungkin buat sementara waktu ini.

0 Responses to "Raja Pop Meninggal Dunia"

Post a Comment