Halkum Adam Itu..

Author: Amierul WM // Category:
Sementara menunggu solat Zohar tadi, saya sempat berborak dengan teman saya Azhar dan Haliq. Entag kenapa sedang asyik kami berbual termasuk pula tajuk pasal halkum. Bukan apa, cuma melihat teman saya Azhar yang terserlah sungguh halkum pada lehernya itu. Sedangkan saya pula halkumnya entah masih hilang kemana.

Sempat juga saya bercandak dengan mereka bahawa orang yang mempunyai halkum ini sudah matang dan sudah layak untuk berkahwin. Tambah lagi, saya katakan yang halkum itu tempatnya segala gelora dalam diri remaja berkumpul maka terbentuklah ia di leher.

Ada riwayat yang mengatakan halkum itu sebenarnya buah khuldi yang dimakan oleh Bapa kita dahulu, Nabi Adam a.s. Namun oleh kerana malaikat sempat mencekik leher Nabi Adam, maka kekallah ia sebagai halkum. Hawa pula telah menelan terus buah tersebut lalu terjadilah haid dan nifas.

Tuntasnya, wanita itu walau lembut mampu melunturkan kerasnya lelaki. Itulah ciri-ciri senjata utama syaitan sejak diciptakan manusia oleh ALLAH. Dan sebaik-baik senjata orang mukmin itu adalah imannya. Wassalam..

0 Responses to "Halkum Adam Itu.."

Post a Comment