Penulis Yang Aku Respect #1

Author: Amierul WM // Category:

Tengok balik buku ni kat pameran buku ke kedai buku ke memang bawk balik kenangan dlu r. First time aku nampak buku nie masa aku lepak2 kat bilik kawan aku kat hostel dulu, nampak macam best gak nak baca nie.. aku belek-belek la skit buku ni masa tu. Banyak jugak la part2 perang dlm buku nie.. masa tu buku ni kawan ak baca, Syamsul namanya. Aku tanya la kan buku nie dpt kat mane? Die cakp pinjam kan ngan budak kelas die.. Nmpak macm best je aku cakp la nak pinjm nanti leps die abis baca..

Entah datang dari mne plak, tibe2 ustaz aku merangkap warden kat hostel aku tu buat 'segmen terjah" ala2 Melodi kat tv3 tu la. Namanya Ustaz Jafni, ustaz baru la kat maktab aku dulu.. Lepasan Syariah dari Jordan tu. Die tanya la tengh wat pe kan. jawab la kitorang tengah sembang2 skit2 hehehe.. Masa tu die nmpk la buku ni kan. Die kata penulis buku ni memang 0k la banding dengan penulis lain kan. Die ada cakp penulis lepasan syariah juga sama macm die huhu..mse tu x le ambik kisah sangt r, dengar gitu2 je la.



Macam mne entah lepas aku baca buku ni, rasa macam nak baca pulak lagi pun ada kan.. Aku tengok la skali lagi kan. Masa balik cuti sem lepas tu, aku gi la lepak umag pak cik aku kat Kota Bharu tu semalam dua. Aku gi la kedai buku Muda Osman kejap sebelum naik bas nak balik ke umah aku sebab bas tu gerak pkul 1, jadi aku lepak r kedai buku dulu (ada econ la apa lagi akn hehehe). kat situ la aku jumpe byk lagi buku2 die ni.

tuk tak tuk tak.. aku dah jadi peminat buku die ni la. Novel dan cerpen die ni xde la jiwang2 xtak bertempat cam novel2 lain, kire penuh ngn benda2 yang kita x pernah dengar pun macam lagu2 dulu boleh buat nam sembuhkan penyakit masa zaman Othmaniyyah dan pakai buju pun ada die punya falsafahnya bukan main pakai saja. Nak kata banyak x juga tapi ada la skit2 buku yang aku beli masa aku gi lepak2 kat kedai2 buku ngan pameran buku kan. Insya-Allah klu ade masa aku tulis lagi pasal Faisal Tehrani ni dan tunjuk la buku2 tu semua ek.

Praktikal dengan Fokker F27

Author: Amierul WM // Category:
minggu ni aku wat praktikal ngn aircraft. Memang r bende tu
dah buruk kan tapi drpd x bleh sentuh kpl trbg langsung tu
pun kire dah 0k la kan..

minggu ni bru buat skit2 utk taxi lamp dengan seat die.
tu pun jenuh btul nak pasang seat die..punye la
tendang sepak terajang (patut xleh wat r) xleh gak lekat kat
pemegang die tu..



rupe2 nye, skru kat pemegang die tu x rapat dengan lantai,
tu yg die x nak gerak tu. Ape lg letak balik r krusi tu kat
luar sebb dah xleh nk wat pe kn..

Hj. zainal, trainer kitorg tu bleh tahan gak die punye lecture..
agk letih gak la nk dengar die bgi 'ceramah free' dengan
tengah brdiri senang diri nie.. tp pe2 pun dei tu lgi masin dr
kitorg (byk mkn garam kn) kne la tahan skit kn hahahaha u_u

Jenayah budak 20A SPM

Author: Amierul WM // Category:
aku malas betul nak layan budak2 zaman skrg nie.
hari2 keje nak dating, lepak, x pun shuffle je la.
kalau hidup tu cam dapat result gempak 0k la jugak.
ni tidak, perangai dah la hancur exam plak berlambak-lambak
lag la hancur nye.

lain la kalau hidup tu dapat cam budak yang dapat 20A SPM tahun nie kan
mcm Nik Nur Madihah tu 19 A1 dan 1 A2(20A) dan sekaligus menjadi pelajar cemerlang dalam SPM di Kelantan tahun 2008. Bukan SPM je, UPSR 5A pastu plak PMR 9A..
aku tau r aku dapat brape je dulu tapi x le x betul sngt cam budak skg nie...



Nik Nur Madihah, 18, pelajaar Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan turut mencipta rekod sebagai pelajar terbaik Maahad Muhammadi (Perempuan), apabila mendapat A1 bagi Bahasa Melayu; Bahasa Inggeris; Pendidikan Islam; Sejarah, Matematik; Sains; Kesusasteraan Melayu; Geografi; Bahasa Arab Tinggi; Matematik Tambahan; Perdagangan; Prinsip Perakaunan; Ekonomi Asas; Fizik; Kimia dan Tasawwur Islam.

Beliau turut mendapat A1 dalam Pendidikan al-Quran dan As-Sunnah; Pendidikan Syariah Islamiah dan English for Science dan Technology. Satu-satunya mata pelajaran yang beliau mendapat A2 ialah Biologi.




Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, menerima tiga tawaran biasiswa bagi membolehkannya melanjutkan pengajian dalam bidang Fizik di Asia Barat dan A Level di United Kingdom.

Malah, kesempitan hidup keluarganya yang terpaksa tinggal di rumah serba daif mendapat perhatian Kerajaan Negeri Kelantan yang bersetuju memberikan sebuah rumah bernilai RM130,000 untuk diduduki mereka sekeluarga.

Tawaran biasiswa daripada Petronas, Bank Negara dan Mara itu hadir tepat pada masanya ketika bapa pelajar berkenaan, Nik Mohd Kamal Husin, 41,seorg nelayan di Pantai Sabak buntu memikirkan masa depan anaknya untuk melanjutkan pelajaran kerana kesempitan hidup.

Mara bukan saja sedia menawarkan biasiswa, malah menawarkan tempat kepada Nik Nur Madihah melanjutkan pengajian peringkat A Level di mana-mana kolej atau universiti ternama di United Kingdom. tapi pilih punye pilih akhirnya dia pilih nak gi stdy fizik kt Asia Barat kt Jordan.

kalau kita tengok balik rumah dia terletak di Kampung Parang
Punting, Pengkalan Chepa, Kelantan Darul Naim. Apakah ianya boleh digelar
rumah ataupun reban? Keluarga Nik Nur Madihah ini tinggal di rumah usang yang hanya mempunyai dua bilik yang disewa di Kampung Parang Puting, dekat Pengkalan Chepa sejak 14 tahun lalu. Malah, Nik Mohd Kamal sudah setahun tidak membayar sewa rumah kerana kesempitan hidup.




Gambar di sebelah kanan ialah Siti Fatimah Mukhtar. Penyandang rekod 17
A1 dan 1 A2 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu. Gambar di
sebelah kiri pula ialah Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal. Pelajar yang
berjaya memecahkan rekod yang di buat oleh Siti Fatimah Mukhtar dengan
keputusan 19 A1 dan 1 A2



Jika tahun yang lepas Siti Fatimah Mukhtar tidak diiktiraf Kementerian
Pelajaran Malaysia sebagai Pelajar Terbaik SPM 2006. Kementerian Pelajaran
Malaysia tidak mahu mengakui bahawa Siti Fatimah telah memecahkan rekod Nur
Amalina yang dibuat pada SPM tahun 2004. Nur Amalina hanya mendapat 17 1A
sahaja, tetapi telah dijulang melambung dengan pelbagai anugerah termasuk
Tokoh Maal Hijrah.

Siti Fatimah Mukhtar TIDAK di iktiraf sebagai Pelajar Terbaik SPM 2006
kerana didapati dia adalah seorang ’penjenayah’. Antara ’jenayah-jenayah’
yang dilakukan oleh Siti Fatimah ialah:
1.) Pelajar Sekolah Agama Yayasan Islam Kelantan.
2.) Anak ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS).
3.) Bukan ahli Puteri UMNO Baru.
Tahun nie macam mana pula yer?

Dunia Yang Macam2...

Author: Amierul WM // Category:
Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang
ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki..


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang w anita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang
ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Wallahualam

Dikata Perempuan itu

Author: Amierul WM // Category:
Kata hukama' bahawa tabiat perempuan itu
menyerupai
setengah daripada tabiat haiwan iaitu:


* pertama seperti tabiat babi

Perempuan yang seperti tabiat babi itu ialah perempuan
yang tiada berbuat baik melainkan makan minum memenuhkan
perutnya dan memecahkan bejana jua, dan ke
mana ia pergi
tiada ia mencita-cita agamanya seperti sembahyang dan
berpuasa dan kepada segala amal yang kebajikan tetapi
adalah ia tekal melanggar segala isi rumahnya.


* kedua seperti tabiat kera
Perempuan yang seperti tabiat kera pula iany
a gemar
memakai kain yang berwarna merah dan hijau dan kuning
dan tiada ia mahu memakai emas dan perak serta bermegahkan
dirinya dan membesar-besarkan dirinya terhadap suaminya.

* ketiga seperti tabiat anjing
Perempuan yang seperti tabiat anjing ialah perempuan
yang ketika berkata-kata suaminya dipalingka
n mukanya;
dibantah-bantah kata-kata suaminya serta s
ering mengherdik
suaminya. Apabila ada harta suaminya maka dikasihi
suaminya tetapi tatkala tiada harta pada suami
nya maka
maka bencilah ia serta dicercanya dan dinyahkan dari
rumahnya dan lagi tiadalah ia mahu diam d
aripada
menista-nista suaminya.

* keempat seperti tabiat ular
Perempuan yang seperti tabiat baghal pula ialah apabila
bertemu ia dengan sesuatu yang ditakutinya dipalu sekalipun
tiada mahu ia berjalan melainkan berkenderaan
jua, dan
adalah berbeka-beka dirinya serta mengindahk
an dirinya sahaja.


* kelima seperti tabiat baghal
Perempuan seperti tabiat ular ialah iaitu menaruh
dendam dan apabila mendengar kata-kata jahat orang
terhadap suaminya atau dirinya jadi berkelahilah dia
dengan orang-orang itu.

* keenam seperti tabiat kala
Perempuan seperti tabiat kala pula iaitu sentiasa
berkeliling kepada rumah-rumah jiran sekampungnya
serta mengadu-ngadu dan mengumpat-ngumpat
serta berbantah-bantah iadengan mereka itu seperti
kelakuan kala disengatnya barang yang bertemu
dengan dia dan tiadalah ia takut akan bahaya akhirat
seperti sabda nabi s.a.w. ertinta "yang fitnah itu
tiada masuk syurga".

* ketujuh seperti tabiat tikus
Perempuan yang sepertri tabiat tikus itu iaitu
mencuri harta suaminya lagi berculas dirinya
daripada suaminya.

* kelapan seperti tabiat unggas
Perempuan seperti tabiat unggas itu iaitu sentiasa
ia bertandang tiada sesaat pun istirehat
dan apabila suaminya datang maka katanya
darimana engkau tiada engkau kasih akan
daku dan engkau kasih orang lain.

* kesembilan seperti tabiat serigala
Perempuan seperti tabiat serigala pula iatu apabila
ada suaminya di dalam rumah maka pura-pura ia
menidurkan dirinya apabila datang maka dimulainya
perbantahan seperti katanya bahawaku seorang diriku
dirumah serta sakitku engkau pergi bermain-main.

* kesepuluh seperti tabiat kambing
Perempuan seperti tabiat kambing itu iaitu adalah
kepadanya beberapa manfaat dan ialah perempuan
yang salih lagi mengasihi akan suaminya dan anak-anaknya
dan segala orang kampungnya dan segala keluarganya
dan ialah yang berbuat kebaktian akan Allah s.w.t.

~ (Sedutan daripada Kitab Tajul Muluk)




MENGAPA ORANG YAHUDI BIJAK..?

Author: Amierul WM // Category:
Mengapa Yahudi Bijak? Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu mengapa Yahudi bijak? Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan Disember 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri? Adakah kebijaksanaan boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.
Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain. Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.

Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikannya, oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau.

Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.

Pemerhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Di dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan dari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka, bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) dengan itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya dari darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan.

Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza dari segi IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!! Segala pelajaran dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi, sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.

Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan.

Menurut beliau ini adalah adat orang-orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi satu kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita rasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. Ironinya, pemilik & pengeluar rokok terbesar adalah.... (tekalah sendiri..!)

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah). Disini murid-murid diberi penekanan dengan matapelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatan lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di politeknik dan universiti. Satu lagi yg diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan.

Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) mendapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat menstimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus-ratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan tumpuan yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yang moron (goblok) dan sudah tentu gene bodoh akan mengikuti generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7!!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negara Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat sahaja di Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70cts!!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai Bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Dalam tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Pharaoh (firaun) hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja.

Ini dapat saya lihat sendiri pada cucu saya, setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

-maklumat ini diambil daripada artikel rakan saya, di uitm