Di Tembak Dalam Masjid

Author: Amierul WM // Category:
Bukan setakat di kebun dan jalan, kini penyerang di wilayah bergolak di selatan Thailand turut mencari korban di dalam masjid. Menurut berita yang diperolehi daripada Utusan Malaysia hari ini, kejadian ini berlaku di Masjid Al-Furqan, Kampung Air Tempayan semasa solat isyak kira-kira pukul 8.50 malam tadi. Serangan ini telah membunuh 11 orang jemaah termasuk imam masjid, Wan Nasir Wan Abdullah, 62, terkorban manakala 12 parah dan dua terselamat.

Menurut seorang saksi, Hassan Deraman, 17, berkata, kejadian berlaku amat pantas kira-kira lima minit di mana empat lelaki dikatakan menyerbu masuk ke dalam masjid dari arah pintu belakang manakala dua lagi dari arah tepi. Katanya, kesemua mereka bersenjatakan rifel M-16 dan pump gun serta memakai seragam hitam serta bertopeng.

‘‘Ketika kejadian berlaku saya bersama tiga lagi rakan berada dalam wakaf kira-kira 15 meter dari pintu masuk utama masjid ini, Tiba-tiba kami mendengar bunyi tembakan yang kuat bertalu-talu. Kami bersembunyi dan bergerak ke tempat kejadian dengan perlahan-lahan dalam gelap untuk melihat apa yang berlaku dengan lebih jelas. Saya kemudian melihat mereka memasuki masjid ini dan melepaskan tembakan ke arah kepala serta badan jemaah yang terbaring dalam ruang solat, tembakan itu dilepaskan bagi memastikan kesemua jemaah ini benar-benar mati,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tempat kejadian.

Hassan berkata, penyerang dipercayai memasuki kawasan masjid melalui hutan dan kawasan ladang getah di bahagian belakang bagi memastikan kehadiran mereka tidak disedari. Katanya, pembunuh kejam itu tidak memasuki masjid melalui pintu utama kerana ia diterangi dengan cahaya lampu. Selepas bunyi tembakan hilang, beberapa orang kampung datang dan saya bersama mereka memasuki masjid melihat mayat bergelimpangan dipenuhi dengan darah.

‘‘Ketika itu, hanya dua jemaah terselamat tanpa sebarang kesan tembakan. Salah seorang daripada mereka adalah ‘tok siak’ masjid, bagaimanapun akibat terkejut dengan serangan tersebut dia pengsan kerana serangan jantung. Seorang lagi yang terselamat adalah ahli kumpulan ‘tabligh’ yang datang berdakwah di sini, dia terselamat kerana ketika itu sedang sujud dan setelah mendengar bunyi tembakan dia meniarap dan berpura-pura mati,” katanya.

Artikel penuh Utusan Malaysia>>

Melepak Dan 'Air Legislation'

Author: Amierul WM // Category:
Nampaknya minggu ni aku terpaksa la membuang masa dengan kerja-kerja workshop. Hari ni aku hanya membersih dan mengenalpasti alat-alat asas yang digunakan dalam bengkel. Padahal benda tu aku dah buat semasa belajar 'Maintainance Practises' dengan En. Misni dulu. Jadi buat balik benda ni boleh dikatakan agak membuang masa selain aku dengan geng yang lain tak boleh belajar benda baru.


Dengki juga aku dengan kawan-kawan aku yang sedang belajar 'Air Legislation' dengan bestnya. Nak buat macam mana, diorang punya kursus Cat A dirancang tamat bulan Ogos ni. Tapi aku rasa mungkin takkan sempat kerana untuk modul 7 'Maintainance Practises' tu ambil masa lebih satu bulan setengah tak ditambah dengan modul-modul lain lagi.


Walaubagaimana pun, tak kisah la. Aku pun sudah lama tak merasa melepak di kelas sebab aku dulu kelas yang first. Memang rasa cepat giler satu-satu modul tu habis. Sekarang selepas kelas dirombak dan aku masuk dalam kumpulan TAME 1, lambat la sikit belajar sebab aku punya kursus 2 tahun lagi baru selesai.

Cuti Semesterku: Sudah Habis

Author: Amierul WM // Category:
Fuh!! Tak terasa pula cuti sem aku sudah habis. Bukan terasa singkat tetapi cuti sem aku itu hanya seminggu. Tak kurang tak lebih. Ngam-ngam je la. Kalau hendak dibandingkan dengan cuti budak-budak di kolej atau universiti, memang aku rasa cuti sem aku ni yang paling sedikit dalam Malaysia untuk seorang pelajar.


Walau berapa hari pun aku dapat cuti, ia tak akan mengubah fakta yang kereta yang datang ke Kelantan meningkat 3 kali ganda daripada biasa kalah Hot FM untuk lebih hangat daripada biasa. Begitu juga dengan harga makanannya turut mencekik leher orang yang bertandang ke Kelantan. Jalan ke pusat bandar KB? Comfirm, tertonggek sampai malam kalau berkenderaan sendiri.

Jika hendak dikira kenderaan yang berduyun-duyun masuk ke Kelantan, dijangka kira-kira 2,500 buah. Dalam setiap kenderaan pula, puratanya 4 orang sekali dengan pemandunya. Jadi untuk orang yang lemah Add Math macam aku ni, sudah 10,000 rakyat Malaysia sahaja sedang melepak di Kelantan semasa cuti sekolah!!!

Tip-tip bagi yang nak bercuti di Kelantan (yg aku tahu je la):
  • Bawa geng orang Kelantan (klu boleh yg PURE giler) sebab orang Kelantan ni tahu kalau anda ni orang luar atau tak. Klu ya, harga dia pun apa lagikan NAIK LA.
  • Jangan datang masa cuti panjang/sekolah atau seangkatan dengannya sebab jalan comfirm sesak giler.
  • Sediakan kaki anda sebab tempat2 menarik kat Kelantan ni dekat2 antara satu sama lain dan lebih mudah untuk pergi dari satu tempat ke tempat yang lain
  • Dah rancang dulu tempat2 yg nak pergi baru senang sikit nak pergi

Puisiku Di Majalah Dewan Siswa

Author: Amierul WM // Category:


Orang-orang Di Tepi Sungai Tigris

Tidakkah kamu melihat
betapa indah Taman Tergantung Babylon
ciptaan keagungan Raja Nebuchadnezzar
runtuh lebur berkecai
bersyukurlah...

tidakkah kamu melihat
gagah kebalnya lasykar Ajam itu
dengan Istana Putih jadi kebanggaan
luas tak terkira jajah takluknya
runtuh lebur berkecai
bersyukurlah...

tidakkah kamu melihat
terbitnya Nur Ilahi, sinar Rasullullah, cahaya Islam
sesubur Al-Bukhari Ibnu Sina Al-Kindi
ilmunya setiap tempat tika dan masa
runtuh lebur berkecai
bersyukurlah...

tidakkah kamu melihat
kuda-kuda Hulagu Khan itu
menghentam, memanggang, menyembelih
seranap Kota Baghdadnya, Baitul Hikmahnya
runtuh lebur berkecai
bersyukurlah...

tidakkah kamu melihat
bahawa manusia itu semata-mata hamba Allah
dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia
melainkan untuk beribadat kepada-Ku
semata-mata...

Puisi ini disiarkan dalam majalah Dewan Siswa Mei 2008 dulu lagi. Memang aku tak sangka puisi yang aku hantar untuk majalah Dewan Siswa ini boleh diterbitkan. Mula-mula ingat saja-saja je nak hantar. Ye la kan mana la tau kalau dapat honorarium ke. Tapi lepas puisi tu disiarkan, aku dapat juga sedikit penghargaan daripada DBP sebanyak RM50 sebagai penyumbang luar majalah tu.


Puisi-puisi yang dihantar tu dinilai oleh Faisal Tehrani yang juga merupakan anak didik kepada 2 Sasterawan Negara; SN Datuk A. Samad Said dan SN Dato Shahnon Ahmad selain penerima Anugerah Seni Negara 2006, merupakan pengiktirafan tertinggi yang dikurniakan oleh Kerajaan Malaysia kepada penggiat, karyawan dan seniman yang telah memperlihatkan ketokohan dan sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan seni tanahair.

Petikan komen beliau untuk aku:

Puisi lain yang temanya juga bagus ialah puisi karya Ahmad Amierul Hafizi Wan Mustaffa dengan judulnya "Orang-orang di Tepi Sungai Tigris". Puisi itu membawa kita mengenang kemusnahan Baghdad di era kejatuhan Dinasti Abbasiyyah. Penyair kelihatannya menyedari sejarah dan mempunyai hasrat menyampaikan mesej yang besar, tetapi sekali lagi tanpa bahasa khas puisi, karyanya menjadi terlalu langsung.
Lihat bait dibawah:

tidakkah kamu melihat
kuda-kuda Hulagu Khan itu
menghentam, memanggang, menyembelih
seranap Kota Baghdadnya, Baitul Hikmahnya
runtuh lebur berkecai
bersyukurlah...

Niat pengarang untuk menghantar mesej tauhid, iaitu manusia harus menjadi khalifah Allah, juga hilang dalam lecamuk tema sejarah yang dipilihnya sehingga terasa tidak berhubungan.

Biasalah pertama kali tulis puisi memang agar mencabar juga. Nak cari perkataan yang sesuai tu memang menjadi satu beban kalau kurang membaca dan meneliti karya-karya daripada penulis yang lebih senior. Tapi apa-apa pun aku akan cuba untuk terus menghantar karya untuk Dewan Siswa. Mungkin kali ini cerpen pula. Insya-Allah, moga-moga dapat disiarkan lagi dalam majalah tersebut.Amin.

Sastera Popular VS Sastera Islam

Author: Amierul WM // Category:

Ayat-Ayat Cinta. Sebuah novel yang bukan sekadar novel cinta yang berlambak di pasaran. Bersih sepenuhnya daripada babak makhsyuk dan berahi yang memenuhi seluruh kisah novel2 yang lain. Tuntasnya, bukan novel cinta picisan. Penulis ternyata tidak mengangkat tema cinta hina manusia berlebih-lebihan. Keseluruhannya adalah naskhah yang memberi seribu nilai yang baik dalam nuansa Islamik yang menyentuh hati. Lantaran itu, tidak hairanlah berjaya menjadi buku yang terlaris.

Petikan Berita Harian oleh Nazmi Yaacob

POLEMIK sastera popular berjangkit dalam sastera Islam apabila novelis dan pengarang muda terutama berlatarbelakangkan pengajian Islam, apabila turut meminjam pendekatan popular untuk menghasilkan karya kreatif berunsurkan Islam dalam usaha menarik minat pembaca.

Percikan polemik pendekatan popular dalam sastera Islam yang sebelum ini lebih berlegar dalam dunia siber terutamanya laman blog, dibincangkan secara nyata pada Forum Sastera Popular Islami di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Meskipun forum sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 itu, tidak memberi kesimpulan tuntas terhadap kewajaran sastera Islam meminjam pendekatan popular, pandangan yang dilontarkan tiga panel generasi baru itu berjaya didasarkan kepada sejarah sastera Islam dan realiti semasa.

Hal ini dibantu oleh pemilihan panel yang tepat dan mewakili pengarang serta pengkritik yang terbabit secara langsung dalam sastera Islam sehingga menyebabkan forum anjuran Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) itu, tidak hilang arah dan tumpuan.

Forum itu tidak mengulangi ‘kesilapan’ Forum Kepengarangan Muslimah Nusantara: Arah dan Falsafah apabila tidak berupaya membicarakan dasar kepengarangan serta hala tuju pengarang dalam sastera Islam, tetapi forum sastera Islam popular masih berupaya mendapatkan ahli panel ‘berjenama’.

Pengarang muda kontroversi, Mohd Faizal Musa atau lebih dikenali sebagai Faisal Tehrani, mempersoalkan kewajaran dunia sastera tanah air meniru gaya dan persembahan sastera Islam bersifat popular di Indonesia ekoran latar belakang pembacaan dengan iklim, suasana dan budaya berbeza.

“Penghasilan novel seperti Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman el-Shirazy memang berguna untuk menyaingi kebanjiran novel erotisme dan buku kumpulan Islam liberal di Indonesia. Sebaliknya Malaysia tidak berdepan dengan masalah ini dan peniruan gaya berkenaan menimbulkan tanda tanya,” katanya pada forum yang dipengerusikan Timbalan Setiausaha Pena, Shamsudin Othman.


Bagaimanapun, Faisal Tehrani masih mengakui, pengalaman dan pengetahuan dalam konteks sastera Islam antara dua negara terbabit masih boleh dimanfaatkan antara satu sama lain, meskipun iklim, suasana, budaya dan pengamalan Islam yang berbeza.

“Sastera Islam di negara ini bermula seawal zaman Tok Kenali pada dekad 1920-an apabila beliau banyak menghasilkan cerpen berunsur berkhutbah, tetapi kematiannya menyebabkan karya dalam bentuk itu turut lenyap. Gaya penulisan sastera Islam moden berkembang semula pada 1960-an melalui puisi Islam seperti Adi Rumi dan Dr Zulkifli Mohamad,” kata novelis Tunggu Teduh Dulu, Tuhan Manusia dan Saasatul Ibaad itu.

Faisal Tehrani melihat sastera Islam sehingga 1970-an muncul dalam bentuk terpencil dan terpisah-pisah sehinggalah konsep sastera Islam dikemukakan SN, Prof Emeritus Dr Shahnon Ahmad termasuk polemiknya dengan Dr Kassim Ahmad, manakala pengarang dan pemilik Pustaka Dian di Kelantan, Allahyarham Datuk Yusuf Zaki Yaacob pula, pernah membentangkan kertas kerja yang menjelaskan sastera Islam di Jakarta, Indonesia.

Pada forum terbabit, Faisal Tehrani turut menimbulkan persoalan kewajaran mengimport gaya popular itu ke negara ini, manakala Habiburrahman sendiri menganggap kecenderungan penulis baru di negaranya untuk tampil dengan gaya penceritaan hampir sama dan nama pena yang stereotaip, boleh membunuh bakat dan kreativiti mereka.

“Inilah penyakit umat apabila lebih gemar menjadi pengikut kerana novel seumpama itu. Maka, kita dapat melihat berbondong-bondong puluhan judul novel di rak kedai buku, tetapi bentuk dan gaya penulisannya lebih kurang sama, seolah-olah tidak terdorong menjadi pencetus kepada sesuatu yang lebih baru,” katanya yang terkenal dengan novel Di Atas Sajadah Cinta, Ketika Cinta Berbuah Surga, Pudarnya Pesona Cleopatra, Ketika Cinta Bertasbih 1, Ketika Cinta Bertasbih 2 dan Dalam Mihrab Cinta.

Habiburrahman turut menegaskan beliau tidak pernah mengambil kira pendekatannya bersifat popular atau tidak, sebaliknya lebih mengutamakan cara untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat, tanpa mengharapkan perakuan terhadap karyanya.

Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM), Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata sastera Islam menampilkan perbezaan ketara daripada karya Barat apabila menawarkan watak manusia yang agung dan bersifat adi luhur.

“Karya Barat mendedahkan keburukan sebagai nilai dan pengaruh besar, selain menelanjangkan watak sehingga mempesonakan pembaca, tetapi dengan citra buruk. Wataknya malang, sakit dan hina, sedangkan sebagai umat Islam, kita memerlukan watak baik dan agung, sekali gus melihat sisi kecantikan pada manusia,” katanya.

Apa Ada Di Dalam Kaabah?

Author: Amierul WM // Category:

Kalau fikir balik, nak masuk ke dalam Kaabah entah bile entah baru dapat. Nak pergi haji pun separuh abad baru bleh pergi kan. Pemimpin2 Islam pernah masuk ke dalam Kaabah masa persidangan negara2 Islam dulu. Ape yang terdapat di dalam Kaabah menjadi suatu yang misteri kerana bukan semua berpeluang untuk masuk ke dalamnya.

Zaman Nabi Muhammad s.a.w., di dalam Kaabah ada terdapat enam tiang yang dibina oleh Kaum Quraisy, tiang itu diguna untuk menyokong bumbungnya. Dua tiang sebelah kiri, satu tiang di sebelah kanan dan tiga tiang di sebelah belakang. Tiang-tiang itu adalah tiang kayu.

Selepas pembinaan yang dilakukan Sultan Murad, cuma terdapat tiga batang tiang kayu. Tiang-tiang itu terletak di bahagian tengah Kaabah, setiap satu batang bergaris pusat lebih kurang 1.5 meter. Berwarna merah kekuningan. Satu daripada tiang itu berbentuk bulat dan dua lagi berbentuk empat persegi.

Sekitar tahun 1304 Hijrah (tahun 1884) tiang-tiang dalam Kaabah itu menjadi reput, dalam tahun 1314 Hijrah (tahun 1894) ia telah diperkuatkan dengan dibuat lengkungan kayu seperti bola di bahagian bawah setiap tiang itu yang terletak lebih kurang 1.5 meter dari lantai Kaabah. Antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di antara satu sama lain ialah 2.35 meter.




Terdapat sebuah tangga kayu yang dibina di dalam Kaabah untuk menuju ke bumbung Kaabah. Di tangga itu telah dipasang dengan tirai kain sutera hitam yang dihiasi emas dan perak. Lantai dalam Kaabah dipasang marmah putih dan marmar merah. Dinding Kaabah juga dipasang marmar berwarna dan dihiasi dengan tulisan khat.

Dalam Kaabah juga terdapat tirai sutera merah putih yang tertulis kalimah syahadah. Terdapat banyak lagi perkataan yang ditulis, tirai itu digunakan untuk menutup bahagian dalam bumbung Kaabah dan empat penjuru bahagian dalam dinding Kaabah.

Oleh kerana tirai itu dibuat semasa pemerintahan Sultan Abdul Aziz Khan iaitu dalam tahun 1209 H (tahun 1789) maka dalam usia yang terlalu lama itu, warnanya menjadi seperti hijau dan kelabu.

Ada pelbagai jenis lampu berwarna-warni yang diletakkan di antara tiga tiang Kaabah. Lampu-lampu itu adalah hadiah-hadiah yang diberikan orang untuk Kaabah semenjak berkurun-kurun lagi. Terdapat sepasang kayu papan yang diletakkan pada dinding Kaabah, kayu itu berasal dari bahtera Nabi Noh. Terdapat sekeping marmar merah empat segi di sebelah sudut utara dalam Kaabah.

Antara barangan lain yang terdapat dalam Kaabah ialah barang tinggalan sejarah yang diletakkan di penjuru Iraqi, antara barangan itu termasuklah sepasang subang dipercayai kepunyaan Siti Maryam dan satu tanduk kibas.



Menurut kata Dr Muzammil Siddiqi [1] yang berpeluang masuk ke dalam Kaabah pada tahun 1998; Di dalam Kaabah ada: 3 tiang, antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di antara satu sama lain ialah 2.35 meter. Terdapat sebuah meja di tepi untuk letak benda seperti minyak wangi; ada 2 lampu seperti pelita tergantung dari siling; ruangnya boleh memuatkan lebih kurang 50 orang, tiada lampu elektrik iaitu tidak ada system pencahayaan elektrik, dinding dan lantainya daripada marmar kecuali ada sebuah bahagian yang dinamai “Rukhamat Humra”, tiada tingkap, satu pintu, dinding sebelah atas diliputi kain yang ada kalimah di atasnya. Bahagian atas dinding ditutup dengan kain warna hijau dihiasi dengan tulisan ayat al-Quran dengan tinta emas.

Perigi Harta Dalam Kaabah

Mengikut kajian dari Muhammad al-Azraqi, ada terdapat sebuah perigi tersangat dalam di dalam Kaabah yang digali oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. Perigi itu terletak di sebelah kanan Kaabah. Di dalam perigi itu telah dimasukkan emas, perak dan permata yang dihadiahkan orang kepada Kaabah dalam jumlah yang agak banyak. Perigi tersebut kini berada di bawah lantai marmar bahagian dalam Kaabah.

Ibu..Bonda..Ma..Ummi..Emak..Mama..

Author: Amierul WM // Category:
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, "Datang seseorang menemui Rasullullah SAW. Dia bertanya, " Wahai Rasullullah, siapakah orang yang paling layak untuk aku bergaul baik kepadanya? "Baginda SAW menjawab, "Ibumu." "Kemudian siapa?" "Ibumu." Kemudian setelahnya siapa?" "Ibumu." Untuk kali yang berikutnya orang itu kembali bertanya, "Lalu siapa?" "Ayahmu," jawab Baginda SAW.


Tengok balik hadis Baginda SAW ni menunjukkan betapa tinggi dan mulianya golongan ibu ini dalam agama Islam. Boleh dikatakan pergaulan dengan ibu itu tersangat dititikberatkn ibrat 3x lebih dituntut jika nak dibndingkn dengan bapa. Kalau nak kire balik jasa ibu ni, memang tak terkira sbb dia sudah menjaga kita sejak roh ditiupkan ke dalam daging smpailah sekrg.

Sengaja aku lambat menulis tentang hari ibu ni. Kenapa? Sebab hari ibu ni buknlah satu hari sahaja yang kita patut ingat pasal semua jasa dan pengorbanan beliau bahkan setiap hari dalam hidup kita ni, kita tetap ingat susah payah ibu tu nak besarkn kita.



Tapi kalau kita nak tengok balik budak2 sekrg ni, memang rasa tension jugk la. Kes buang2 anak ni sudah macam perkara biasa dalam hidup ni tambah2 remaja2 Melayu kat luar sana. Bukan saja buang kat tong sampah, tandas, masjid dan longkang malah ada yang sanggup pukul pijak sampai mati anak yang baru lahir tu baru buang dalam tong sampah. Masya-allah..apa sudah jadi dengan anak2 zaman skrg ni.



Kalau sudah pandai nak bercouple, dating, zina takkan Tuhan sudah bagi anugerah pun xnk terima. main buang je ikut suka hati, tu memang tak leh r nak cakap lagi. Lebih teruk giler dari binatang tu. Binatang tu bagi minum makan bagi besar dulu kalau nak tinggal pun. Ni la sebab Islam ni xnak bagi pergaulan bebas sangt. Tak salah kalau nak kawn dengan sape2 pun tapi batas tu kene la ada skit.


Walau setan mana pun budak2 zaman sekarang ni, aku memang bersyukur giler aku ni lahir kat kampung dan xde la terdedah sangt dengan gelombang sosial macam kat bandar skrg. Tambh lagi ak dibesarkan oleh ma aku yang bagi aku memang xtau la nak cakap bai dia mcm mana. Tetap jugak melayan kerenah aku yang tak betul ni. Terima kasih untuk segala yang ma dah buat untuk along selama along lahir kat muka bumi ni, segala pengorbanan, titik peluh, susah payah, doa dan air mata untuk along along xkan lupakan sampai bile2. SELAMAT HARI IBU, MA!!!

Selamat Hari Guru, Cikgu !!!

Author: Amierul WM // Category:
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetapkan kami tunaikan..


Pantang 16 Mei je mesti cikgu dengan budak2 skali nyanyi lagu ni kan..hehehe. Biasa la tu nama pun Hari Guru mesti r special untuk cikgu kan. ingat balik dulu study kat MRSM rasa macm kejp je blaja, mcm x cukup la plak walau dah belajar dari tahun 1 smpi le tingkatan 5 dlu. Ada la skit gambar nak kongsi pasal cikgu2 aku kat MRSM Taiping dulu. Rinda giler r dengan diorang!!!!


Ni la gambar ngan cikgu hoomroom aku kat Mrsm Taiping dulu, hoomroom Loyal yang best!! Cikgu Idi namanya yang pakai kopiah tu. 0k la kan jadi cikgu PJ klu dah wakil Malaysia dalam hoki dulu, skali ngan Minarwan lagi tu bro bangga siot!!! Ni masa tengah berbuka puasa kat Cherry Corner dulu hehehe u_u

Ni plak cikgu add maths aku, Miss Marsuria. Walaupun kepala aku ni block x nak msuk gak ape yang die ajar, die tetap ajar gak aku nie sampai tepu otak aku ni dulu. Agak tegas n sporting giler r!!


Ha, yang pakai tudung merah yang cantik manis ni plak cikgu maths aku dulu, Cikgu Zurinda. Budak2 kelas aku memang suke bergurau dengn die, tu yang senang masuk blajr dengan die tu hehehe.. dapt la gak 100% A kelas kitorng masa exam kan..

Yang pakai topi befday ni plak cikgu biologi aku, Cikgu Fauzi merangkap guru hoomroom Lively. Die ni la dulu yang tolong kelas aku dulu wt assignment utk subject Bio dulu. Nasib baik die ada, klu x mau x leps la subjek Bio aku tu dulu hehehe..

Yang pakai baju putih ni plak Cikgu Dollah, guru BM aku masa form 5. Memang baik giler r siap belanja kelas aku 512 dulu gi makan bufet untuk berbuka puasa tu!!!! Die ajar BM pun memang best smpai kelas kitorng dpt la jugak kan no 2 bahas antara kelas hehehe. Ok pe dapt no 2 kan, dpt perbahas terbaik sekali..Untuk Cikgu Dollah, aku bagi special petikan puisi dari Usman Awang huhuhu...

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa


Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis dan baca.



Miss Chan Kum Lean, itu la nama guru BI kelas ak dulu. selalu surh aku buat essay nak bagi aku biasa sikit flow BI la katakan. Die la yang letak aku dalam kem English dulu nak bagi improve BI aku (walaupun aku malas nak pegi kn =p)..tapi alhamdulillah dpt jugak la aku A1 untuk SPM kan dengan bantuan die..THANK YOU MISS!!!

T - Tolerate
E - Extravaganza
A - Ambitious
C - Cheerful
H - Heartiest
E - Exceptional
R - Responsible

You are a true teacher! Happy Teacher's Day!"



Last but not least, Cikgu Abrar, cikgu BM aku gak tapi masa form 4 la. Ketua Jabatn Bahasa kt maktab aku nie. Orangnya baik n bleh bergurau gak r tapi biasa la kan biar berpada2 la hahaha. Dan last skali untuk cikgu2 yang aku xde gambar diorng skrg, aku nak minta maaf byk2 dari hujung kuku kaki sampai hujung uban untuk segala ilmu yang cikgu2 bagi walaupun ianya setitik dari selautan ilmu di dunia.

SELAMAT HARI GURU juga kepada:
  • Cikgu Azlin
  • Pn Nor Bita
  • Cikgu Wan Rohani
  • Cikgu Abdul Hamid Fizik
  • Cikgu Juliati
  • Cikgu Nasrin
  • Pn Rohani Ismail
  • Ustaz Naza
  • Ustaz Masyaal
  • Miss Farizuani
  • Ustaz Jafni
  • Cikgu Rizalman
  • Cikgu Yahya
  • Cikgu Anuar
  • Cikgu Noor Ghani