Raja Pop Meninggal Dunia
Author: Amierul WM // Category:
Foto Michael Jackson menyarung abaya (pakaian tradisi wanita negara Teluk) di Manama, Bahrain.
Majlis dimana Michael dilaporkan telah mengucap dua kalimah syahadah dan menukar namanya kepada Mikaeel diadakan di rumah rakannya, pemain keyboard Toto dan komposer album Thriller Steve Porcaro di Hollywood Hill, Los Angeles pada tahun 2007. Komposer dari Kanada, David Warnsby (Daud Warnsby Ali), produser album Phillip Bubbal (Idris Phillips) dan penyanyi Cat Stevens (Yusuf Islam).
Selain itu, hatiku juga turut senang kerana saluran berita CNN dan BBC turut disibukkan oleh berita Mikaeel ini. Tiada lagi berita palsu dari Tehran menjengah masuk mungkin buat sementara waktu ini.
Memang Episod Yang Menarik
Author: Amierul WM // Category:Muqaddimah yang diberikan oleh Ustaz Farid sahaja sudah cukup untuk membuatkan penonton berasa teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana Islam itu membicarakan cinta dan kasih sayang dalam pelbagai konteks dan paradigma dengan cukup indah sekali. Episod kali ini lebih menfokuskan kepada golongan remaja yang dapat kita lihat sekarang sering terjerumus ke dalam cinta monyet yang sia-sia.
Aku amat tertarik dengan ucapan Ustaz Badli Shah yang mengatakan untuk seorang lelaki itu menjadi suami yang baik dan menjamin kebahagiaan ramahtangga, mereka perlu mempunyai sekurang-kurangnya tiga kunci. Apakah kunci-kunci tersebut? Kunci-kuncinya adalah seperti berikut:

- Kunci rumah - tak beli pun sewa, jangan la duduk pun bawah jambatan pula
- Kunci kereta - takpun motor pun jadi la, jangan basikal pun kena hutang juga
- Kunci pejabat/ kunci laci pejabat - jangan la tak bekerja langsung, takkan nak kahwin pun nak mintak diskaun oii
Kerana hadis Nabi pun menceritakan bahawa seburuk kamu ialah yang berterus-terusan hidup membujang dan seburuk-buruk orang yang mati adalah orang yang mati dalam keadaan dia masih lagi bujang. Berusahalah untuk berkahwin. Cinta sebelum kahwin itu biarlah sederhana sahaja dan jangan sampai melanggar batas-batas agama. Anda juga boleh menonton episod penuh rancangan ini di www.tv9.com.my.
Siswa Rusia Pulang Bercuti
Author: Amierul WM // Category:Perancis Buat Hal Pula!!
Author: Amierul WM // Category:Perancis haram purdah
PARIS 23 Jun - Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy semalam mengisytiharkan purdah yang dipakai oleh wanita Islam sebagai pakaian yang tidak diingini di negara ini. Beliau mengecap pakaian yang menyelubungi seluruh badan wanita Islam itu, sebagai simbol tunduk, yang menghalang identiti wanita serta menjadikan mereka sebagai 'tahanan di sebalik tabir'.
Namun, di sebalik kata-kata tegas itu semalam, terdapat juga pengakuan bahawa prinsip asimilasi etnik negara ini yang menuntut pendatang menyingkirkan tradisi mereka dan menyesuaikan diri dengan budaya Perancis - menemui kegagalan kerana tidak memberi peluang saksama kepada pendatang dan anak-anak mereka yang lahir di negara ini.
Dalam ucapan kepada ahli Parlimen di Versailles, Sarkozy menyifatkan pakaian purdah yang lebih dikenali sebagai burka di kalangan etnik Arab sebagai bercanggah dengan nilai-nilai hidup masyarakat Perancis.
Kenyataan Sarkozy menentang burka itu adalah yang paling keras pernah disuarakan oleh seorang pemimpin Eropah ketika beberapa pemimpin Barat sedang berusaha untuk meredakan ketegangan dengan dunia Islam.
Perancis mempunyai penduduk Islam paling ramai di Eropah dengan jumlah dianggarkan 5 juta orang. Sebilangan kecil wanita Islam Perancis memakai burka seperti wanita Islam di Afghanistan dan niqab yang menyelubungi seluruh badan kecuali mata.
Pengkritik khuatir isu pakaian yang menutup seluruh tubuh itu yang setakat ini hanya membabitkan minoriti kecil penduduk Islam Perancis boleh meningkatkan diskriminasi terhadap seluruh umat Islam di negara ini.
Pengarah masjid terbesar di Paris, Dalil Boubakeur berkata, kenyataan Sarkozy yang menolak burka itu mencerminkan budaya Perancis tetapi beliau menghadapi risiko memarakkan ketegangan dengan penduduk Islam. - AFP
Tidak cukup dengan kekecohan yang dibuat berkenaan isu ini oleh Turki dahulu, Perancis pun ingin turut mengikut jejak langkah yang sama. Tindakan ini diibaratkan sebagai mencurah minyak ke api yang akan menyemarakkan lagi ketegangan yang masih berbara dikalangan penduduk Islam seluruh dunia.
Abi..Ayah..Abah..Abuya..Papa
Author: Amierul WM // Category:Itulah antara petikan buletin yang dipaparkan di otak aku sempena sambutan Hari Bapa baru-baru ini. Kalau nak difikirkan balik, memang aku ni tak la baik sangat dengan abah aku. Ye la, aku ni kira lebih rapat dengan ma aku sebab masa kecil-kecil dulu abah aku tu memang tegas+garang jugak orangnya.

Tapi tak kira la garang ke, sporting ke, lucu ke, tak bertanggungjawab ke.. bak kata ayat-ayat mak dalam filem Melayu," Tak kira jahat mana pun dia tu, dia tetap ayah kamu, nak". Kita sebagai anak ni kena hormat kepada ayah kita ni. Kalau nak kira berapa banyak titik peluh yang dia keluarkan untuk cari makan minum, tempat tinggal, pakaian dll, memang tersangat tak terkira banyaknya wang yang telah dihabiskan. Itu pun hanya untuk kita tak termasuk adik beradik yang lain lagi tu.

Lututku Tercabut Kakiku Longlai!!!
Author: Amierul WM // Category:
Mungkin anak muda zaman sekarang terlalu mengikut arus kemodenan hingga terlupa tradisi bangsa sendiri. Lebih manis untuk melihat mereka yang berbaju kurung ini daripada mereka yang memakai tudung tapi singkat malah baju pula melekat nak bagi nampak segala-galanya .
Berbalik kepada tajuk diatas, aku memang letih giler sebab terpaksa ulang-alik ke KL Sentral selepas ke Low Yat dan balik semula untuk pergi ke pasar malam berdekatan dengan Masjid Jamek.
Jalan-jalan di Majid Jamek memang merupakan hobi aku sejak belajar di KL ni. Itu pun kalau berduit la nak pergi pergi. Sebab kat situ, kita dapat tengok pelbagai ragam manusia kat atas muka bumi ni. Alah macam iklam Astro tu; macam-macam ada. Kadang-kadang da la beli barang sikit-sikit. Dan untuk kali ni, aku cuba beli sehelai t-shirt, senaskah majalah dan beberapa batang pen.

Izinkanku Berehat. Sekejap saja...
Author: Amierul WM // Category:
Konsert Inspirasi TV3 bersempena Ulang Tahun Ke-25 TV3. |
Tarikh : Sabtu, 20 june 2009 |
Masa : 9.00-11.00malam di TV3 |
Tempat: Dataran Merdeka KL |
Artis : M.Nasir, Jamal Abdillah, Wings, Afghan, Adibah Nor, Jaclyn Victor, Noryn Aziz, Ning Baizura, Dina, One Nation Emcee, Estranged, Bunkface, Hujan, Aizat, Faizal Tahir |
Akhirul kalam, mungkin juga aku tidak akan mengedit blog ini untuk beberapa ketika atas sebab-sebab teknikal ini. Aku ingin memohon maaf atas segala silap salah selama aku mengutarakan pendapat aku melalui blog ini. Salam sejahtera kepada semua. Nantikan entry aku yang akan datang; Operation Cast Lead Vs The Holocaust.
Baikonur Cosmodrome Untuk MEASAT-3a
Author: Amierul WM // Category:Baikonur Cosmodrome memang terkenal sebagai pusat pelancaran yang meletakkan satelit pertama dunia dan juga angkasawan pertama, Yuri Gagarin ke orbit yang mengembara di angkasa melalui pesawat Vostok 1 pada 12 April 1961.
Bagi Malaysia, Baikonur Cosmodrome sebelum ini mencatatkan sejarah apabila menyaksikan mikrosatelit negara yang pertama iaitu TiungSAT-1 dilancarkan pada 26 September 2000. TiungSAT-1 yang diambil sempena nama burung tiung antara lain digunakan untuk mencerap bumi selain tujuan komunikasi.
Dan yang paling diingati tentang Baikonur pastinya kerana ia menjadi tapak pelancaran Soyuz TMA-11 yang membawa angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ke angkasa atau lebih tepat Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007.
Model MEASAT-3a yang akan dilancarkan di Baikonur, Kazakhstan.
Selain itu, Baikonur juga merupakan tapak pelancaran MEASAT-3 manakala MEASAT-1 dan MEASAT-2 pula dilancarkan di Pusat Angkasa Lepas Guiana (CSG) Arianespace di Kouru, French Guiana. MEASAT-1 dilancarkan menggunakan Arianes-4 pada 13 Januari 1996 dan 10 bulan kemudian, iaitu pada 13 November, menyusul pula MEASAT-2.
Kedua-duanya dilancarkan dengan perbelanjaan sebanyak RM600 juta. Sesuai dengan tempoh jangka hayat yang semakin menghampiri penghujungnya, ditambah pula dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat serta bagi memenuhi kehendak pengguna, maka MEASAT-3 mengambil kedudukan tersebut yang dilancarkan pada 12 Disember 2006.
Kurang seminggu sahaja lagi, satu lagi sejarah bakal dicipta apabila satelit Asia Timur Malaysia yang keempat dijangka berada di orbit apabila MEASAT-3a dilancarkan pada awal pagi 22 Jun. Dengan ini, MEASAT-3a akan menyertai MEASAT-1 dan MEASAT-2 yang sudah berada di orbit sejak 1996 di samping MEASAT-3 yang dilancarkan pada 2006.
Sebagai seorang anak Malaysia, aku berasa bangga dengan kejayaan ini dan bersyukur dapat hidup dalam negara yang makmur seperti Malaysia.
Aku Jiwa Merempat
Author: Amierul WM // Category:

Mutiara Naga Merah!!!
Author: Amierul WM // Category:Buah naga berasal dari negara-negara Amerika Latin iaitu Chile, Argentina, Peru, dan Mexico. Buah ini di bawa ke Vietnam sebagai tanaman hiasan yang kemudiannya ditanam secara besar-besaran setelah mengetahui keenakan buahnya. Kini Vietnam telah menjadi sumber pengeluar dan pengeksport utama dunia untuk buah naga.

1. Sejenis buah yang tulen dan tidak memerlukan racun serangga.
2. Albumen mengeluarkan toksik dan mengalir keluar lebihan galian.
3. Anthocyanin membebaskan radikal dan melambatkan proses penuaan.
4. Vitamin C mencantikkan dan menyebabkan kulit kelihatan lebih cerah.
5. Pengurangan berat badan kerana buah naga kaya dengan fiber yang mudah larut.
6. Rawatan terhadap penyakit diabetes (kencing manis).
7. Mencegah penyakit kanser usus besar. Mempercepatkan proses pembuangan air besar.
Dugaan Datang Lagi
Author: Amierul WM // Category:First sekali, aku plan nak hantar laptop aku kat Low Yat untuk repair sebab aku masih ada dia punya warranty. Pastu pergi la aku dengan selambenya. Dah masuk plaza tu, dah sampai dah pun kat kedai dia. Tengok-tengok aku lupa la nak bawa bateri dia. Ya Allah, macam mana la aku boleh lupa pulak ni. Memang sedih giler r aku masa tu.
Tapi bak kata orang dalam susah tu ada jugak sikit hikmahnya. Masa aku nak keluar dari plaza tu, aku terjumpa pulak dengan Najwa Sakinah!! Siapa dia?? Awek aku dulu? Ooo bukan, dia ni junior aku dulu masa dalam Pasukan Kor Kadet Polis kat Taiping dulu. Lawa memang lawa tapi sori la dia tu lagi tinggi pada aku ni haha. Tu tengok je la. Malas pulak nak tegur sebab dia pun bukan kenal sangat dengan aku ni.
Tapi tu memang pengalaman pertama aku pergi ke sana. Selama ni pun asyik tengok dari jauh saja. Aku ada la tanya guard kat situ mana kedai kat situ. Dia cakap kedai tu kat sebelah yang satu lagi bukan sebelah tempat aku datang tu. Orang yang datang situ pun banyak yang silap macam aku juga. Ada la jugak sikit pengalaman kalau aku datang lagi kat sini lain kali.
Cuti Sekolah: Masa Nyawa Melayang
Author: Amierul WM // Category:Kota Bharu: Kelantan mencatatkan 236 kes kemalangan jalan raya membabitkan 427 pelbagai jenis kenderaan sepanjang tempoh cuti persekolahan bermula 29 Mei lalu hingga semalam, kebanyakannya berpunca daripada sikap pengguna yang gagal mematuhi peraturan. Jumlah kemalangan itu dianggap membimbangkan. Walaupun pelbagai kempen kesedaran dijalankan polis, mesej yang disampaikan kelihatan tidak diendahkan pengguna jalan raya.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik Kelantan, Superintendan Azli Md Noor, berkata daripada 236 kemalangan yang berlaku sepanjang tempoh itu, ia membabitkan 293 kereta, motosikal (84), kenderaan pacuan empat roda (18); lori (12); van (9); teksi dan basikal masing-masing, tiga; dua bas dan pejalan kaki.
Beliau berkata, kemalangan tertinggi berlaku di Kota Bharu dengan 77 kemalangan jumlah kemalangan diikuti Pasir Mas, Machang dan Tumpat, masing-masing mencatatkan 22 kes; Tanah Merah dan Gua Musang, 19, serta Kuala Krai, 18 kes.
"Melihat angka kemalangan yang membimbangkan itu, polis sering mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk mengadakan kempen kesedaran dengan bantuan pelbagai pihak bagi mengurangkan kadar kemalangan itu," katanya.
Azli berkata, hasil siasatan mendapati kebanyakan kemalangan yang berlaku berpunca daripada sikap pemandu sendiri yang masing-masing menunjukkan kehebatan di jalan raya tanpa mengambil kira faktor keselamatan.
"Pengguna jalan raya sepatutnya faham situasi yang dihadapi dan perlu bertolak ansur di jalan raya bagi mengelakkan daripada berlaku kejadian buruk yang boleh mengancam nyawa," katanya.
Selain itu, katanya, mengantuk menjadi sebab utama kemalangan dan pemandu disarankan berhenti di mana-mana lokasi yang sesuai untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan.
Karnival Raksasa Iran
Author: Amierul WM // Category:Pilihan raya presiden yang akan menentukan sama ada Mahmoud mengekalkan jawatannya itu diadakan pada hari ini.
Mahmoud dan bekas Perdana Menteri, Mir Hossein Mousavi menghidupkan demam pilihan raya dengan menjadikan suasana di jalan-jalan raya Iran seperti karnival raksasa.
Calon presiden yang lain, Mohsen Rezai dan Mehdi Karroubi didapati kurang menonjol dalam kempen kali ini.
POSTER Mir Hossein (atas) dan Mohsen (bawah) ditampalkan di dinding sebuah lokasi di Teheran
Tingkap-tingkap kedai memaparkan poster calon manakala cermin hadapan kereta turut dihias pelekat sehingga pihak polis mengeluarkan amaran mengenai amalan berbahaya tersebut.
Jumlah dana yang terbabit dalam pilihan raya presiden kali ini tidak dapat dipastikan.
"Pejabat pilihan raya kami dikendalikan oleh orang biasa. Setiap orang mencetak dan mengedarkannya," kata seorang pekerja kempen Mahmoud.
Dalam satu ceramah di Teheran pada Isnin lalu, kumpulan sukarelawan pilihan raya Mahmoud mengedarkan beribu-ribu cakera padat, bendera Iran, poster dan akhbar kempen.
"Kempen pilihan raya Mir Hossein mungkin mencecah sehingga AS$40 juta (RM140 juta)," kata seorang pegawai pilihan rayanya.
Di beberapa kedai di Teheran, sejumlah kedai kosong dan dijadikan pusat kempen yang disewa sehingga AS$4,000 (RM13,960) sebulan.
Setiap tengah hari dan petang, sejumlah penyokong muda berkumpul di luar pusat-pusat kempen untuk mengedar sejumlah barangan pilihan raya kepada pemandu kenderaan.
"Kebanyakan remaja yang datang membantu mengedarkan bahan pilihan raya bekerja secara percuma," kata seorang pekerja kempen Mir Hossein.
SEORANG lelaki menghiasi kepalanya dengan gambar Mahmoud di Universiti Sharif, Teheran
Pesaing-pesaing Mir Hossein mendakwa beliau mendapat bantuan daripada sejumlah ahli perniagaan.
Akhbar-akhbar di Iran juga mula memihak kepada calon yang disukai.
Sebulan lalu, penyokong Mir Hossein melancarkan akhbar Andishe No (Fikiran Baru) dan Kalameh Sabz (Dunia Hijau).
Mahmoud pula disokong akhbar Vatan Emruz (Harian Nasional) manakala akhbar kerajaan, Kayhan turut menyokong beliau walaupun masing-masing adalah milik awam.
Mengikut laporan akhbar, jumlah SMS semasa kempen pemilihan presiden meningkat daripada 60 juta kepada 100 juta sehari. - AFP
oleh KOSMO
Dari Dwilogi Ke Filem
Author: Amierul WM // Category:
Ia mengisahkan Khairul Azzam, seorang mahasiswa yang cerdas tatkala di tahun pertama menimba ilmu di Al Azhar ia memperoleh predikat jayyid jidda (istimewa) yang tekun menjalankan perniagaan bakso dan tempe untuk menyara kehidupan keluarganya di Indonesia selepas kematian bapanya. Dia ingin melamar Anna Alhanfunnisa, puteri Kiai Luthfi yang digambarkan cukup cantik, solehah dan cerdas sekali orangnya. Walaubagaimana pun, impiannya tidak kesampaian setelah sahabatnya, Furqan terlebih dahulu meminangnya.

Di Tembak Dalam Masjid
Author: Amierul WM // Category:Menurut seorang saksi, Hassan Deraman, 17, berkata, kejadian berlaku amat pantas kira-kira lima minit di mana empat lelaki dikatakan menyerbu masuk ke dalam masjid dari arah pintu belakang manakala dua lagi dari arah tepi. Katanya, kesemua mereka bersenjatakan rifel M-16 dan pump gun serta memakai seragam hitam serta bertopeng.
‘‘Ketika kejadian berlaku saya bersama tiga lagi rakan berada dalam wakaf kira-kira 15 meter dari pintu masuk utama masjid ini, Tiba-tiba kami mendengar bunyi tembakan yang kuat bertalu-talu. Kami bersembunyi dan bergerak ke tempat kejadian dengan perlahan-lahan dalam gelap untuk melihat apa yang berlaku dengan lebih jelas. Saya kemudian melihat mereka memasuki masjid ini dan melepaskan tembakan ke arah kepala serta badan jemaah yang terbaring dalam ruang solat, tembakan itu dilepaskan bagi memastikan kesemua jemaah ini benar-benar mati,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tempat kejadian.
Hassan berkata, penyerang dipercayai memasuki kawasan masjid melalui hutan dan kawasan ladang getah di bahagian belakang bagi memastikan kehadiran mereka tidak disedari. Katanya, pembunuh kejam itu tidak memasuki masjid melalui pintu utama kerana ia diterangi dengan cahaya lampu. Selepas bunyi tembakan hilang, beberapa orang kampung datang dan saya bersama mereka memasuki masjid melihat mayat bergelimpangan dipenuhi dengan darah.
‘‘Ketika itu, hanya dua jemaah terselamat tanpa sebarang kesan tembakan. Salah seorang daripada mereka adalah ‘tok siak’ masjid, bagaimanapun akibat terkejut dengan serangan tersebut dia pengsan kerana serangan jantung. Seorang lagi yang terselamat adalah ahli kumpulan ‘tabligh’ yang datang berdakwah di sini, dia terselamat kerana ketika itu sedang sujud dan setelah mendengar bunyi tembakan dia meniarap dan berpura-pura mati,” katanya.
Artikel penuh Utusan Malaysia>>
Melepak Dan 'Air Legislation'
Author: Amierul WM // Category:Dengki juga aku dengan kawan-kawan aku yang sedang belajar 'Air Legislation' dengan bestnya. Nak buat macam mana, diorang punya kursus Cat A dirancang tamat bulan Ogos ni. Tapi aku rasa mungkin takkan sempat kerana untuk modul 7 'Maintainance Practises' tu ambil masa lebih satu bulan setengah tak ditambah dengan modul-modul lain lagi.
Walaubagaimana pun, tak kisah la. Aku pun sudah lama tak merasa melepak di kelas sebab aku dulu kelas yang first. Memang rasa cepat giler satu-satu modul tu habis. Sekarang selepas kelas dirombak dan aku masuk dalam kumpulan TAME 1, lambat la sikit belajar sebab aku punya kursus 2 tahun lagi baru selesai.
Cuti Semesterku: Sudah Habis
Author: Amierul WM // Category:
Walau berapa hari pun aku dapat cuti, ia tak akan mengubah fakta yang kereta yang datang ke Kelantan meningkat 3 kali ganda daripada biasa kalah Hot FM untuk lebih hangat daripada biasa. Begitu juga dengan harga makanannya turut mencekik leher orang yang bertandang ke Kelantan. Jalan ke pusat bandar KB? Comfirm, tertonggek sampai malam kalau berkenderaan sendiri.

Tip-tip bagi yang nak bercuti di Kelantan (yg aku tahu je la):
- Bawa geng orang Kelantan (klu boleh yg PURE giler) sebab orang Kelantan ni tahu kalau anda ni orang luar atau tak. Klu ya, harga dia pun apa lagikan NAIK LA.
- Jangan datang masa cuti panjang/sekolah atau seangkatan dengannya sebab jalan comfirm sesak giler.
- Sediakan kaki anda sebab tempat2 menarik kat Kelantan ni dekat2 antara satu sama lain dan lebih mudah untuk pergi dari satu tempat ke tempat yang lain
- Dah rancang dulu tempat2 yg nak pergi baru senang sikit nak pergi
Puisiku Di Majalah Dewan Siswa
Author: Amierul WM // Category:Orang-orang Di Tepi Sungai Tigris
Tidakkah kamu melihat
betapa indah Taman Tergantung Babylon
ciptaan keagungan Raja Nebuchadnezzar
runtuh lebur berkecai
bersyukurlah...
tidakkah kamu melihat
gagah kebalnya lasykar Ajam itu
dengan Istana Putih jadi kebanggaan
luas tak terkira jajah takluknya
runtuh lebur berkecai
bersyukurlah...
tidakkah kamu melihat
terbitnya Nur Ilahi, sinar Rasullullah, cahaya Islam
sesubur Al-Bukhari Ibnu Sina Al-Kindi
ilmunya setiap tempat tika dan masa
runtuh lebur berkecai
bersyukurlah...
tidakkah kamu melihat
kuda-kuda Hulagu Khan itu
menghentam, memanggang, menyembelih
seranap Kota Baghdadnya, Baitul Hikmahnya
runtuh lebur berkecai
bersyukurlah...
tidakkah kamu melihat
bahawa manusia itu semata-mata hamba Allah
dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia
melainkan untuk beribadat kepada-Ku
semata-mata...
Puisi ini disiarkan dalam majalah Dewan Siswa Mei 2008 dulu lagi. Memang aku tak sangka puisi yang aku hantar untuk majalah Dewan Siswa ini boleh diterbitkan. Mula-mula ingat saja-saja je nak hantar. Ye la kan mana la tau kalau dapat honorarium ke. Tapi lepas puisi tu disiarkan, aku dapat juga sedikit penghargaan daripada DBP sebanyak RM50 sebagai penyumbang luar majalah tu.
Puisi-puisi yang dihantar tu dinilai oleh Faisal Tehrani yang juga merupakan anak didik kepada 2 Sasterawan Negara; SN Datuk A. Samad Said dan SN Dato Shahnon Ahmad selain penerima Anugerah Seni Negara 2006, merupakan pengiktirafan tertinggi yang dikurniakan oleh Kerajaan Malaysia kepada penggiat, karyawan dan seniman yang telah memperlihatkan ketokohan dan sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan seni tanahair.
Petikan komen beliau untuk aku:
Puisi lain yang temanya juga bagus ialah puisi karya Ahmad Amierul Hafizi Wan Mustaffa dengan judulnya "Orang-orang di Tepi Sungai Tigris". Puisi itu membawa kita mengenang kemusnahan Baghdad di era kejatuhan Dinasti Abbasiyyah. Penyair kelihatannya menyedari sejarah dan mempunyai hasrat menyampaikan mesej yang besar, tetapi sekali lagi tanpa bahasa khas puisi, karyanya menjadi terlalu langsung.
Lihat bait dibawah:
tidakkah kamu melihat
kuda-kuda Hulagu Khan itu
menghentam, memanggang, menyembelih
seranap Kota Baghdadnya, Baitul Hikmahnya
runtuh lebur berkecai
bersyukurlah...
Niat pengarang untuk menghantar mesej tauhid, iaitu manusia harus menjadi khalifah Allah, juga hilang dalam lecamuk tema sejarah yang dipilihnya sehingga terasa tidak berhubungan.
Biasalah pertama kali tulis puisi memang agar mencabar juga. Nak cari perkataan yang sesuai tu memang menjadi satu beban kalau kurang membaca dan meneliti karya-karya daripada penulis yang lebih senior. Tapi apa-apa pun aku akan cuba untuk terus menghantar karya untuk Dewan Siswa. Mungkin kali ini cerpen pula. Insya-Allah, moga-moga dapat disiarkan lagi dalam majalah tersebut.Amin.